wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Samstag, 8. Januar 2011

Shah Alam ku sayang

Uhuk uhuk.. da berapa zaman tak pegang streng rasa macam cacat pulak bawak kereta sekarang. Tu la, siapa suruh tak rajin berlatih. Kalau pegang pun bila ada situasi berikut:

Intan: Weh, aku nak keluar ni. Najwa mana? Nak mintak alih haiwan dia ni.
Yat: Dia mandi kot. Tuh kunci atas meja. Alih je.
Intan: Tak reti, manual. Ekeke.
Yat: Shikin, ape kata?

Cet, da agak da tugasan tu. Tunggu detik je.

Shikin: Meh.

Setakat alih 5 meter jarak tu tak ada masalah. Gear satu je. Tak perlu memerah otak nak tukar ke gear 2 segala. Tapi kalau nak suruh bawak pergi Sunway Pyramid atau destinasi sewaktu dengannya, kau jangan harap. Aku rela declare aku tak ada lesen. Wakakak. Lagi - lagi kalau kena masuk round about. Dah la Shah Alam ni bandar round about. Kalau ada jata bandar, sure letak gambar round about. Hoh. Sabar je la mak. Mana nak tengok kereta kiri kanan, nak fikir exit lagi. Oh crap..! Kan senang kalau jalan lurus je. Ngeng.

Semalam aku adalah driver paling mematuhi peraturan. Passenger duduk bersembang kat sebelaj pun aku buat muka keras je. Handphone ringing pun aku buat tak layan. Ecewah, awal-awal memang ah mematuhi undang-undang segala. Entah-entah nanti main sudoku entah kau dalam kereta. Koh koh koh.

Abang-abang MBSA atau JKR Shah Alam atau siapa-siapa je la yang buat jalan Shah Alam, tak ada rasa kasihan kat rim kereta kami ke. (T.T) Lubang sama lebar dengan jalan. Penat nak kena buat alignment tayar je nanti saya bang.

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen