Hari memburu rumah semalam tak berakhir di KFC begitu sahaja. Dah kenyang isi tangki penuh, kitorang keluar dari situ. Da siap makan keluar la kan. Ingat kau sorang je ke Shikin nak makan cheesy crunch Zinger, hah?*salah nama ni mati kena saman ngan uncle colonel KFC*.
"Najwa, aku nak sambar roti Gardinea penuh serat kat 7 E jap." Roti bungkus hijau tu benda wajib bagi aku kat rumah. Ceh, bajet blonde la kau Shikin.
"Ah-ha! Jom, aku ikut kau." Takut la tu duduk sorang-sorang kat luar.
"Da, aku da siap. Roti ni je sasaran aku. Kau?" Aku tutup pandangan mataku. Sibuk je twisties dan roller coaster warne merah atas rak tu duk gamit aku. Tamau. Kau nak jadi bridesmaid february ni Shikin. Sila jangan cuba pam badan kau. Jogging dah la malas.
"Eh, kita singgah Giant nak lepas ni? Aku rasa macam banyak pulak merchandise aku nak kena grab." Hoh, kau Najwa, nasib baik roti hijau tu harganya fix di mana sahaja, baik di Giant maupun di 7E dan juga di kedai Mutu dekat rumah.
"Aku on je." Okay, aku admit. Aku suka pergi Giant dan tempat sewaktu dengannya. Kalau bagi plihan Sunway Pyramid dan Giant, aku dengan tenang akan pilih Giant. Tak perlu nangis sebab confuse tak tahu nak pergi mana satu. Giant.
Siap urusan barter kat kaunter, kitorang gerak keluar pergi ke kereta. Next stop, Jenny the tailor.
*Penonton berdiri baling popcorn ngan botol pepsi. Hoih ape ni? kate House hunting? Nak jahit baju pulak pehal kau ni?*
Sabar-sabar.Gelojoh hangpa ni. Gigit kepala lutut kang.
Nak pergi rumah Jenny tu pun house hunting jugak. Sebab dia da pindah rumah. Dulu seksyen 20, skang up sikit jadi 23. Round punya round area kilang tu sampai aku rasa ada 2 3 spot tu kitorang da lalu 3 kali. Alamat dia bagi 23/6c. Aku duk nampak dari tadi 23/5 ngan 23/4 je. Mana /5 ni? Rumah dalam kilang ke apa tukang jahit aku ni. Tak pun macam platform keretapi dalam cerita Harry Porter tu kan.
Potong sikit cerita. Over run. Director da bagi isyarat potong leher. Huak!
Sampai da rumah baru Jenny. Wah, makin besar kau. Maju jadi tukang jahit ni. Tak payah susah-susah cam aku kena punch card pukul 8 pagi-pagi. KPI serta PMS pun tak perlu ku kira. Deng..
Najwa tak berganjak. Seat belt pun tak nak bukak. Aku kena masuk dalam sorang-sorang la ni.
"Najwa, kau tak nak ikut ke?"
"Kau masuk ah. Aku baca komik dalam kereta. Kau kena ukur baju di badan sendiri, bukan badan aku. So kau sorang masuk."
"Pandai kau bermain kata-kata."
Keine Kommentare:
Kommentar veröffentlichen