wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Samstag, 29. Januar 2011

Nasi lemak ayam goreng, sedap hingga menghentak kaki.

Entah macam mana sabtu lepas sesat ke ampang. *Sabtu lepas* tu dalam konteks ketika ini adalah 3 minggu yang lalu. Eh... mana ada sesat. Perjalanan lancar yang dirancang. Hoh, but a thousand thanks to payau. Kalau tak ada anda encik payau, minyak kereta aku hanya habis akibat meronda Shah Alam. Semua seksyen la kot aku ronda. Sessi ronda *mari mengenali bandar Shah Alam*.

Sempat pulak pergi singgah culik che pah kejap. Suspense che pah. Ingat payau nak bawa dia ke lovely dinner ke apa kan.
Teettt.. teeettt...

Payau: Helo chepah. Lokasi roger.
Chepah: Kat rumah.
Payau: Da mandi belum?
Chepah: Call kita sebab nak tanya tu je ke. Kecewa.
Payau: Eh bukan. Tu intro. Ada hal tak petang ni. I nak pegi kidnap u kejap ni.
Chepah: Nak pegi mana?
Payau: Nak pegi beli cincin.
Chepah: Payau??? Are u getting married?

Aku pun bole agak bingit telinga payau di kala itu dengan jeritan chepah.

Payau: Keh keh keh.. takde la. Tik ni ha nak jadi gadis metropolitan jap. Jom la jadi orang ketiga kitorang. Lagi afdal.

Encik payau yang tabah tunjuk jalan.

Mangsa culik tapi bila sampai rumah dia suka rela je menyerahkan diri. Siap keluat gate rumah sendiri lagi. Tak perlu heret dengan guni. Huh, easy job la che pah ni.

Hasil buruan. Nasi lemak ayam goreng kat taman kebun bunga. Tak jauh pun dari taman melawati tu. Da lama tak layan makanan gerai. Open air. Sembang-sembang sambil gosip. Best! Sedap gila nasi itu... Hmm... sekarang ni kalau orang tanya nak makan apa, jawapan aku tak ada lain melainkan *nasi lemak ayam goreng!* Sebenarnya.. lunch tadi pun makan nasi lemak ayam goreng jugak.

Lokasi: Josh & Jana at Giant Putra Height.

Another truth to be told, semalam (Jumaat) punya lunch pun menu sama. Lain tang ayam je. Nasik lemak ayam rendang.

Lokasi: Uncle Lim at Subang Parade.

Thanks to liana sebab suggest kopitiam tu. Plus point! Karipap dia sedap! Boleh bagi 10 markah out of 10! Nasib baik tabahkan hati. Kalau tak cukup tabah, da tapau da karipap tu 5 keping. Ekeke..

p/s: mula-mula nak letak tajuk entri jalan-jalan sambil menculik chepah di ampang. Tapi macam banyak pot pet pasal nasik lemak je kau kin. Kui kui kui.

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen