wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Sonntag, 26. September 2010

Khayalku

Baru sedetik tadi kau di situ
Tersenyum, barangkali ingin kau katakan sesuatu
Baru seketika tadi kau kucup dahiku
Menggantikan tanda sayang yang jarang kau ungkap dengan bibirmu
Baru sekejap tadi kau ucap selamat malam di hujung hariku
Moga mimpi indah menemani peraduanmu, ku tahu itu yang ingin kau ucap padaku

Tak mungkin kutemukan lagi cinta kasih begitu
Tak mungkin lagi rasa itu
Tak peduli aku pada yang berjanji mengganti kamu
Tak peduli aku kerana kerna aku tahu
Mereka hanya bermimpi mengambil tempatmu

Khayalan di kepalaku
Kau masih di situ
Melihat aku menjunjung mulia suci keturunanmu
Namun hanya senyum pilu yang haru membentuk bibirku
Bila khayalku berlalu
Hanya tanah pusaramu basah di genggaman kanan ku

Ingin ku jerit biar semua tahu
Aku masih mampu
Kerana bagiku kau tak pernah hilang dari situ
Kerana di situ la singgahan abadimu..