wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Samstag, 1. Januar 2011

House hunting on the first day of 2011

House hunting.. Huh.. mendengar perkataan itu mata pusing tiba-tiba. Rasa loya. Kalau dalam komik biasa digambarkan dengan perubahan warna wajah watak jadi biru kelabu. Tapi tanak cerita pasal komik pun..

Bole pula encik landlord kami buat annoucement nak masuk rumah ni february ni. Buat la annoucement nak pergi umrah ke.. cukur jambul ke.. tak la menjejaskan kami kat sini ye dak. Ekekeke.. Kalau dia baca blog ni (which is never gonna happen) sure die reply *suka hati sanubari dia la dia nak announce ape*. (T.T) Hmm.. bukan pasal landlord pun nak cakap sebenarnye..

Ye la ye la.. suka hati dia.. Kalau rumah tu murah macam plate number kereta (RM 200-RM10 000) kan best. Tapi jangan la sampai bukak tender sampai naik harga jadi RM 300 000. MCA 1. Huh, kalau kakitangan JPJ sure bonus berlipat kali ganda tahun ni *suka hati dia je kan*. Eh eh.. bukan pasal JPJ pun nak cerita..

Baiklah. Weekend yang panjang ni terpakse dikorbankan semata-mata nak cari rumah. Penat je pasukan bola sepak kita bertungkus lumus menewaskan pasukan Indonesia 29 Desember lepas sampai PM umumkan dapat cuti hari jumaat, kitorang pulak buat tak peduli dengan cuti free tu. Bukan tak sudi nak cuti, tapi sarat kepala ni dengan hal rumah belum settle. Karang ada yang tidur kat surau Proton tu karang bulan february ni. (T.T)

Long story short, keluar la aku ngan najwa demi mencari sebiji rumah. Masing-masing seret kaki ke kereta. Cuti babe! Orang lain holiday pergi Bali, kita pusing-pusing area perumahan cari rumah. Sadis. Takpe, kejayaan seseorang biasanya bermula dari bawah. Eh tiba-tiba pulak kan.

Bijaknya la ha dua gadis ni keluar pukol 10.30 masa cuaca tak la sejuk sangat kan. Mau loya masing-masing perut. Tak buat-buat keluar karang, rasa nyesal pulak tak balik kampung. (T.T)

Pusing punya pusing punya pusing kapla pun suda fenin.. ada la jumpa 2 3 rumah kosong yang disertakan dengan banner. TO LET/SALE. Call la hamba Allah ni dengan penuh harapan. ..... *seminit kemudian* .. Da agak da kalau tulis gitu, confirm nak jual. Nak mengaburi je tulis rent tu. Cet, abis kredit.

Matahari macam makin terik. Panas.

" Kau lapar tak shikin?" eceh, najwa buat-buat tanya.

" Takde la lapa sangat. Tapi kalau kau rasa nak makan aku on je." masing-masing taknak berterus-terang.

" KFC jom, rasa nak duduk dalam aircond la". finally najwa menyorok rasa segan-segan ayam. debush!

" Jom! " ekekekke..

Nasib baik tak ramai rakyat nak makan KFC lunch rini. Damai je KFC alam megah tu. Suka!

" Hmm.. alamak, ada burger zinger baru! Cheesy crunch Zinger (betul ntah ni nama die)" . Monolog aku.

" Eh, snack plate la. Nak makan ayam!" kata identitiku yang ke-2.

" Hmm.. apa kata amik X-meal, burger dapat, ayam pun dapat satu. " Kata identiti ku yang ke-3.

" Tak nak add on ke" Eh, tu bukan identiti aku tuh. Tuh dah encik nafsu tu.

" Ye kak, makan sini ke tapau?" Kata Naimah (bukan nama sebenar) adik yang bertugas.

" Hi. Makan sini. Satu X-meal, add-on ice-cream yang baru tu eh." Melompat nafsu kat sebelah.

.....

Kenyang. Last last, ayam dengan fries je larat makan. Zinger tapau buat dinner. Brain freeze. Lemon iced tea punya pasal.


2 Kommentare:

  1. tik.
    ape ni. anti-climax la...
    tgh syok baca psl house hunting mcm tgh tengok drama kau&aku kat astro ria [wekkk]...
    tuptup...
    ending KFC plak. ape kah.

    sambung story mung...

    AntwortenLöschen
  2. memang begitu kronologinye .. tp akan disambung..episod akan datang.. wah gtuew..!!

    AntwortenLöschen