wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Freitag, 14. Januar 2011

Dilema pagi sabtu

Lambat pulak matahari keluar pagi sabtu ni. Makin kukuh alasan nak tidur. Isk tak boleh tidur. Dah janji dengan najwa nak alihkan kereta sebab dia nak balik kampung. Biasa la.. semalam masa balik kerja siapa suruh tak masuk kereta awal-awal ke dalam. *tak berani la tu.. sempit kan sebab haiwan najwa da bertenggek kat sebelah side.*

Sambil-sambil dalam kereta duduk tunggu najwa buat apa entah dengan bonet kereta dia, dengar red fm jap. Urghh morning news. Morning sickness dengan berita pagi-pagi. Kepala belum switch on 100% untuk terima kebenaran dan fakta pagi-pagi ni.

Hmm.. lepas ni nak buat apa eh.. Jogging.. Eh, anjing liar lalu depan kereta! Terhinjut-hinjut. Kesian. Kesian je la. Sambil geleng-geleng kepala. Anjing pun pandai jogging pagi-pagi sabtu. Kau?
Ermm.. aku? Eh! Tu ada lagi anjing kurap lain. Pandai je kau kin dia ada kurap. Ada kau nampak ke? Okay, stray dog. Oh banyak pula haiwan berkeliaran. Macam mana nak jogging. Nanti kena ligan. Tak cukup taman putra heights nak lari.

Okay, option jogging da kena slash disertakan dengan alasan yang cukup kukuh. *Cis* Bila kau nak burn kolesterol degil ni kin? Hmm.. nak ajak toher sign up gym la. Bagus. At least bukan sahaja berjaya bagi alasan, siap ada penyelasaian alternatif pula. Uhuk uhuk.

Option 2 untuk meregangkan otot: Basuh kereta. Alamak, seksi, sedang pakai kaftan. Tak sopan. Kalau nak tukar seluar semata-mata nak basuk kereta tak bagus. Membazir sabun basuh. Bukan sayang sabun tu, sayang alam sekitar la. Esok basuh kereta. Isnin nanti encik kereta boleh tersenyum megah sebab berkilat-kilat baru lap.

Okay so shikin nak buat apa ni? Semua pun kau tak nak. Madah berhelah betul. Haa! Kemas almari baju. Nak masuk baju tak nak pakai masuk kotak najwa.

10 minit lepas tu..

Siap da. Almari da cantik. Tak keluar peluh la. (T.T) Lapar pulak. Sarapan lah dulu apa kata?

3 Kommentare: