Alkisahnya, petang semalam sambil minum teh hijau berperisa roasted rice berserta chocolate Ritter Sport, aku saja-saja google property for rent sambil-sambil tunggu page Facebook loading. Ayam goreng betul broadband ni. Jumpa satu rumah dekat Taman Sri Muda. 3 storey terrace house, RM 700. Omak ai.. murah sangat tuh. Macam curious pulak. Iklan tu dah ade views lebih dari 150 tapi still tak ada orang sewa. Hmm.. I wonder why. Haunted hause on the haunted hill ke. Atau haunted mansion.
So, aku call la amoi tu. Ah Ling (bukan nama sebenar) nama dia.
Tuutt.. tuttt.. tutt.. tutt.. Click! Ah-ha! Dia angkat!
"Helo Miss Ah Ling ah.. saya mahu tanya pasal itu rumah dekat itu Taman Sri Muda ah. Kosong lagi ka?" Sekali aku yang jadi Ah Kin kan. 1 Malaysia punya pasal la ni. Hoh.
"Oh, kosong lagi maa. Boleh boleh. You mahu tinggal berapa orang ah?"
"3 orang. Semua gadis. Not married." Info sekali harung. Dah, tak perlu kau tanya banyak-banyak da pas ni.
"Semua orang Malaysia ke?" Eh, ada slang Urdu ke bahasa melayu aku ni?
"Aah, semua ada Mycard."
"Semua kerja ke?" Arghh, habis kredit aku. Ingat tadi info da padat. Ada lagi soalan lain.
"Ye ye. Semua pun kerja dekat area dekat-dekat situ jugak. Satu office semua." Banyak pulak interview dia. Ingat Khairul Fahmi Che Mat je kena interview banyak-banyak cenggini.
"Okay. you mahu tengok bila?"
"Esok pun boleh. Anytime."
"Okay. See you tomorrow at 1230 PM." Conversation tersebut dah dipendekkan 2/3. Kalau nak cerita bab amoi tu habiskan kredit aku, alamatnye penuh la entry ni dengan chit chat kami di talian sahaja.
Esoknya, 1230 PM
Hmm, comot jugak kawasan tu. First impression adalah comot sebab banyak gila bas warna biru tepi jalan. Dan encik anjing liar.
Aku dengan Najwa sampai tepat sebagaimana yang dijanjikan. Haruslah kan menepati masa. Alih-alih kitorang client ni yang tersadai kena tunggu agent kehormat tu sampai.
"Ni aku tawar hati ni." Najwa bersuara.
"Takpe babe, aku call dia jap cakap kita da sampai." Aku berlagak cool. Padahal makan dalam dah ni. Makan tengah hari jugak yang belom.
Tuutt.. tuuttt..
"Ah Ling, kitorang dah sampai."
"Okay okay, kitorang on da way. Sampai dalam lebih kurang ... hmmm .. 15 minit lagi." Eh lame pulak hmm tu kan. Macam hard to believe je.
Lurus la kitorang tunggu 15 minit. Toksah kata 15 minit, setengah jam lebih kitorg duk terpacak kat dalam kereta tu. Sekali nampak abang posmen hantar surat. Aku ni pun, dah nama pun abang posmen, sah lah hantar surat ye dak. Dia stop depan satu rumah ni. Tiba-tiba entah mana datang anjing datang menyalak dekat je dengan lutut dia. "Apa la salah aku." nampak abang tu ngomel. Cet.
Penuh cabaran jugak jadi posmen ni eh. Pendapat aku, bukan gadis je perlu black pepper spray. Abang posmen juga patut ada satu dalam poket dia. Kalau anjing sawan datang, sembur je. Padan muka anjing tu. Geram. Sebenarnya marah kat Ah Ling ni, tapi sekarang ni boleh salur dekat anjing tu je. Nasib la kau anjing. Nanti Ah Ling datang, ko gigit dia.
Jam da pukul 1310 PM.
"Melampau ni. Bagi betis nak peha ni. Blah jom Najwa." Lapar pun ada ni.
"Jom." tak melawan.
Miss Ah Ling, sorry we can´t wait any longer as we have other appoinments to attend.
Lepas send sms tu, aku off handphone. Pengajaran. Don´t ever make your customer wait for you. Marah.
Sampai rumah aku on handphone balik. Ada sms. Shikin, I am already here. What??? How dare you used word already? Tak pandai bahasa Inggeris la tu. Pastu ada sms bagi tau ada 2 miss call. Like the hell I care. You wanna be an house agent, be like one.
Keine Kommentare:
Kommentar veröffentlichen