wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Dienstag, 26. Oktober 2010

Perihal saya

Saya..
SUKA berangan. Teramat suka. Lagi-lagi sebelum tidur. Nasib baik bole bawak dalam mimpi.

Saya..
TAK SUKA tengok wayang. Penat duduk 2 jam. Tak bole baring mahupun meniarap. Apa kata kita beli DVD, tengok kat rumah ramai-ramai.

Saya..
SUKA shopping. Cara terbaik menyalurkan stress. Ahaks!

Saya..
TAK SUKA orang lambat. Don´t make me wait or else I will eat you alive.

Saya..
SUKA masak. Tak sedap pun tak apa. Janji boleh telan. Tapi saya yakin saya pandai masak biar pun orang lain tak yakin. Haha apakah?

Saya..
TAK SUKA naik kapal terbang. Leceh. Flight pukul 12. Pukol 9 da kena keluar rumah. Check-in bagai. Kena scan satu hal. Teettt teettt. "Ke tepi cik." Tak tahan geli kena raba. Pastu masuk balai menunggu. Melanguk tengok dinding.

Saya..
SUKA jalan-jalan naik kereta malam-malam. Tapi saya tak nak drive. Nak orang bawakkan. Sejuk. Boleh tengok lampu-lampu.

Saya..
TAK SUKA cicak, lipas, cengkerik, labah.labah, katak.

Saya..
SUKA makan ..! hmm .. lapa pulak malam-malam ni. Okay, tukar topik. I need distractions !!

Saya..
TAK SUKA duduk sorang-sorang. Macam sekarang.

Saya..
SUKA tidur .. hmm.. da malam. good night Barcelona. Adios muchas gracias mi amor!


Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen