wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Mittwoch, 27. Oktober 2010

pagi yang macam biase

Jam bunyi pukul 6.30 pagi. Oh damn. Malasnya nak bangun. Hari ni plan nak bangun sejam awal sebab kena buat laundry sebelom pegi kerja. Malas punya pasal, sambil-sambil mamai aku rangka plan untuk basuh baju esok je. Zzz.. lagi sejam.

7.30 bunyi lagi pak cik alarm ni. Snooze 5 minit. Tapi 3 minit je aku sampai hati nak snooze. Ape pulak kata alarm tu nanti. Mandi. Siap-siap. Termenung depan wardrobe 8 minit fikir nak pakai baju apa.

Sarapan kat cafe. Huh, kecewa sikit. Hari ni tak ada epal pie. Toast roti, sapu mentega, tabur gula. Yum.. favourite sarapan masa zaman kanak-kanak. Miss my mom! Eh, tiba-tiba pulak kan.

8.24 gerak pergi kerja cam biasa. Sejuk cam biasa. Semua pun cam biasa.

Masuk office, check e-mail office. Damn it, sipolan belum react lagi kat e-mail aku minta 3D-data. Payah betul. Nak mintak update design pun lambat ke. Lembab. Perkataan permulaan pagi. Ye. Lembab.

Tiouuut!! Bunyi skype. Sipolan B. "tolong..!! you have to help me!!" Ha sudah. Apa lagi budak-budak ni.

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen