wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Mittwoch, 9. März 2011

Rejected

Hari ni kemahuan nak hempas monitor ke lantai membuak-buak. Otak dah jem. Keupayaan berfikir da mencapai tahap bahaya. Hidung pun dah keluar api ni bila hembus nafas. Tak bernafas karang lemas aku. Kalau handphone biasa dia akan nyala dan tulis *battery low, please recharge before it blows*.

Wah, dah pukul lima petang. Lagi setengah jam ding dong. Sibuk je kau tunggu ding dong. Balik rumah pun kau sangap jugak kin. Chanel tv pun boleh bukak tv8 dengan 9 je. Baik kau duduk je kat situ dan terus menjadi pekerja rajin. Malas betul nak pasang cik astro. Nanti lah dulu. Hoh. Payahnya nak pasang astro tu macam la aku sendiri kena panjat atap rumah tu pasang piring tu kan. Kalau da dasar malas, memang tak boleh nak buat apa.

Hmm.. ajak toher lepak ah. Ajak adib sekali. Aku capai handphone. Berkira-kira nak sms toher. Nerveous nye macam gaya nak ajak si toher tu keluar first date je. Hoh. Padahal toher je pun. Selagi tak rasa berdebar bila cakap dengan toher, kira okay la tu kan. Gila.

*Toher, korang tak ade plan nak lepak buang masa ke lepas kerja ni?*

Message sent.

Tak sampai seminit, 1 message received. Pantas. Kau gantung handphone kat pusat ke apa toher. Senang boleh terus rasa vibrate.

*Err.. tik (nama samaran aku).. weekdays kot.*

Huk aloh.. hari isnin tak boleh lepak ke.. balik rumah awal nak kena buat kerja sekolah kajian tempatan lah tu. Argh.. tak berjaya. Nampaknya charming yang sedia ada tak mampu nak ajak toher lepak pada weekdays. Damn...

Sudahnya pukul 7 aku keluar office. Lengang sikit jalan. Tak de la asyik nak kena tekan brake je manjang.

Hmm.. da magrib. Oh Ehm Ghee..! Ini kereta ke, keretapi tanah melayu ni?? Kotor gila kau. Malu je kat kuda. Kereta kuda tu lagi cantik dari kereta kau kin. Cuaca sekarang ni, kurang semangat nak basuh kereta. Hmm.. tapi lepas dengar soalan mummy ahad lepas;

*Kereta kau tu putih ke kelabu tik?*

*Huaaa! Putih mi!!*

... okay.. meh sini gen-gen kumandikan kau. I have dropped your waterface so many times. Koh koh koh.

.......................

Okay...! Da cantik semula! Semangat esok nak pergi kerja! ..

Tengah syok duk lap spoiler, tiba-tiba ada setitik air jatuh. Tiba-tiba jatuh lagi 2 titik. Pastu ada lagi dua tiga belas. Oh tidak.. (T.T)

Keine Kommentare:

Kommentar veröffentlichen