*Shopping is a good therapy* is such a cliche quotation for women. Huhu. Alasan yang sangat kukuh bila keinginan mahu mendapatkan sesuatu tak dapat dibendung lagi. Kalau da sampai tahap tu, memang tak dengar kata. Umpama mencurah air ke daun keladi. Umpama mengecas handphone di kala blackout. Umpama kerbau suruh anaknya mandi. Okay, diam.
Bukan pasal daun keladi aku nak cerita, bukan juga pasal kerbau. Suka hati dia la nak suruh anak dia buat apa. Ade mak kesah?
Long story short, nak cakap pasal kain lace yang beli kat Bandung je. Huh, sungguh murah dan cantik! Termenung sekejap kat kaunter kedai kain tu lepas bayar semua kain-kain yang kakak jurujual berjaya hasut aku beli. Serious sangat hebat dia pujuk aku. Sangat. Betul kata pepatah, kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang. Haaa...??
Salah satu hasil borongan: Kain lining 4 tones yang dipadankan dengan lace pink. Aku, chepah and wafa sehati pilih baju ni sempena kitorang jadi bridemaids untuk wedding Sue yang lepas.
Bahan mentah kelihatan begini...
Tadaaa!!! Kupakai baju ini dengan harapan jangan la ada insan yang confuse mana satu pengantin. (T.T) Masa singgah dekat stesen minyak, tersipu-sipu aku jalan ke toilet. Padahal tak de orang pandang kot.
*Effect kipas siling bilikku berjaya tambah sedikit charm pada baju tu, kasi sikit kembang belah bawah. Wahhh gituu..*
Dan bila digayakan, beginilah kelihatannya..! Sila perhatikan cik wafa yang memakai baju yang kainnya sama dengan kain saya, tapi mengikut kreativiti beliau sendiri. Tahniah buat kami berdua! Huahauhauah..
*Tengah duduk fikir ni, event mana la pulak nak pakai baju ni kan.. Hmm, any idea?*
According to plan, chepah was supposed to be one of the crews, but unluckily she couldn´t make it. (T.T) Chepah! Wish you were there!
Keine Kommentare:
Kommentar veröffentlichen