wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Dienstag, 15. März 2011

Anugerah demi anugerah


Biasa dengar kan sharing is caring? Semua pun kena la share. Biskut, nasi goreng, jus oren, oreo. Baru la caring kan kan kan.. Sama la macam award ni. Tiru macam kawan saya ni, Wafa. Sebab dia ajak saya share award ni la saya dapat bermegah-megah malam ni. Huhu.

Kalau masa ABP ke.. Juara Lagu ke.. ayat cliche penerima anugerah:
" Award ini bukan lah milik saya seorang, tapi untuk kita kongsi bersama. Lepas seminggu nanti datang la amik kat rumah saya. Kata nak share kan?"

Tapi, kita lain. Kita memang share betul-betul. Tak tipu. Tak sekadar manis di bibir gitu.

Apart from that, this blog is meant .. :
  • to thank those who awarded me
bunch of thanks to my sweetie meetie wafa!

  • to write 7 and few things about me
  1. saya tak suka tunggu orang, kalau lambat saya tinggal. Ye, saya jahat. Sapa suruh lambat?
  2. saya tak reti duduk rumah, ada je alasan nak start enjin kereta. alasan nk beli coki-coki pun jadi la.
  3. saya suka masak. hehe, hilang stress.
  4. saya suka jalan-jalan naik kereta sambil tengok lampu walaupun tak ada hala tuju dengan dia. Hehe.
  5. main bowling pun saya suka
  6. sila jauhkan jajan anda dari saya, sebab saya mampu habiskan jajan tu tanpa anda sedari
  7. and.... I can talk for hours! So, please mind to shut me up when you think it is necessary to do so!

  • to award it to others to keep the cycle going
  1. kak liza
  2. liyana izzati
  3. sue
  4. amin
  5. kak farr
  • to inform those recipient(s)
hopefully yes.. hehe

Donnerstag, 10. März 2011

My first 4-tones-dress!

*Shopping is a good therapy* is such a cliche quotation for women. Huhu. Alasan yang sangat kukuh bila keinginan mahu mendapatkan sesuatu tak dapat dibendung lagi. Kalau da sampai tahap tu, memang tak dengar kata. Umpama mencurah air ke daun keladi. Umpama mengecas handphone di kala blackout. Umpama kerbau suruh anaknya mandi. Okay, diam.

Bukan pasal daun keladi aku nak cerita, bukan juga pasal kerbau. Suka hati dia la nak suruh anak dia buat apa. Ade mak kesah?

Long story short, nak cakap pasal kain lace yang beli kat Bandung je. Huh, sungguh murah dan cantik! Termenung sekejap kat kaunter kedai kain tu lepas bayar semua kain-kain yang kakak jurujual berjaya hasut aku beli. Serious sangat hebat dia pujuk aku. Sangat. Betul kata pepatah, kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang. Haaa...??

Salah satu hasil borongan: Kain lining 4 tones yang dipadankan dengan lace pink. Aku, chepah and wafa sehati pilih baju ni sempena kitorang jadi bridemaids untuk wedding Sue yang lepas.

Bahan mentah kelihatan begini...

Tadaaa!!! Kupakai baju ini dengan harapan jangan la ada insan yang confuse mana satu pengantin. (T.T) Masa singgah dekat stesen minyak, tersipu-sipu aku jalan ke toilet. Padahal tak de orang pandang kot.

*Effect kipas siling bilikku berjaya tambah sedikit charm pada baju tu, kasi sikit kembang belah bawah. Wahhh gituu..*

Dan bila digayakan, beginilah kelihatannya..! Sila perhatikan cik wafa yang memakai baju yang kainnya sama dengan kain saya, tapi mengikut kreativiti beliau sendiri. Tahniah buat kami berdua! Huahauhauah..

*Tengah duduk fikir ni, event mana la pulak nak pakai baju ni kan.. Hmm, any idea?*

According to plan, chepah was supposed to be one of the crews, but unluckily she couldn´t make it. (T.T) Chepah! Wish you were there!

Mittwoch, 9. März 2011

Rejected

Hari ni kemahuan nak hempas monitor ke lantai membuak-buak. Otak dah jem. Keupayaan berfikir da mencapai tahap bahaya. Hidung pun dah keluar api ni bila hembus nafas. Tak bernafas karang lemas aku. Kalau handphone biasa dia akan nyala dan tulis *battery low, please recharge before it blows*.

Wah, dah pukul lima petang. Lagi setengah jam ding dong. Sibuk je kau tunggu ding dong. Balik rumah pun kau sangap jugak kin. Chanel tv pun boleh bukak tv8 dengan 9 je. Baik kau duduk je kat situ dan terus menjadi pekerja rajin. Malas betul nak pasang cik astro. Nanti lah dulu. Hoh. Payahnya nak pasang astro tu macam la aku sendiri kena panjat atap rumah tu pasang piring tu kan. Kalau da dasar malas, memang tak boleh nak buat apa.

Hmm.. ajak toher lepak ah. Ajak adib sekali. Aku capai handphone. Berkira-kira nak sms toher. Nerveous nye macam gaya nak ajak si toher tu keluar first date je. Hoh. Padahal toher je pun. Selagi tak rasa berdebar bila cakap dengan toher, kira okay la tu kan. Gila.

*Toher, korang tak ade plan nak lepak buang masa ke lepas kerja ni?*

Message sent.

Tak sampai seminit, 1 message received. Pantas. Kau gantung handphone kat pusat ke apa toher. Senang boleh terus rasa vibrate.

*Err.. tik (nama samaran aku).. weekdays kot.*

Huk aloh.. hari isnin tak boleh lepak ke.. balik rumah awal nak kena buat kerja sekolah kajian tempatan lah tu. Argh.. tak berjaya. Nampaknya charming yang sedia ada tak mampu nak ajak toher lepak pada weekdays. Damn...

Sudahnya pukul 7 aku keluar office. Lengang sikit jalan. Tak de la asyik nak kena tekan brake je manjang.

Hmm.. da magrib. Oh Ehm Ghee..! Ini kereta ke, keretapi tanah melayu ni?? Kotor gila kau. Malu je kat kuda. Kereta kuda tu lagi cantik dari kereta kau kin. Cuaca sekarang ni, kurang semangat nak basuh kereta. Hmm.. tapi lepas dengar soalan mummy ahad lepas;

*Kereta kau tu putih ke kelabu tik?*

*Huaaa! Putih mi!!*

... okay.. meh sini gen-gen kumandikan kau. I have dropped your waterface so many times. Koh koh koh.

.......................

Okay...! Da cantik semula! Semangat esok nak pergi kerja! ..

Tengah syok duk lap spoiler, tiba-tiba ada setitik air jatuh. Tiba-tiba jatuh lagi 2 titik. Pastu ada lagi dua tiga belas. Oh tidak.. (T.T)