Clap clap clap.. tepuk tangan untuk salah satu geng power puff girls CAE proton (4 orang ye, bukan 3).. Antara 4 bunga, Liana yang first disunting. Wah gitu kan.. Tinggal lagi 3 bunga dalam laman kami.
Haa jemput-jemput masuk pilih mana satu. Yang mana lambat gigit jari diam-diam kat tepi dinding.
Haaa.. akak baju merah tu single mingle.. Akak baju purple tu next in line!
Okay, cukup pasal bunga. Fokus kembali pada Liana.
Hey! Sila tunjukkan perasaan nervous. Encik Keri tengah bertungkus lumus kat bawah dengar tazkirah tuk kadi tu!
Haa, kan bagus camtu. Jenguk-jenguk sikit jeling-jeling bagi semangat. Tuk kadi tu pulak da macam bagi khutbah jumaat. Panjang bebeno. Nak tertidur kami. Weekeke..
Liana: Mane iPhone I? Nak kena tukar status ni.
Keri: Haip! U dengar dulu I nak bagi U dengar pesanan dari seorang suami buat seorang isteri ni. Jangan duk degil. Dengar ni. Tarik hidung kang!
Sekarang turn U pulak dengar syarat-syarat I. 7 dulang hati masak kicap, 7 dulang air mate kucing, flyover menyambungkan sungai buluh dengan proton. Boleh?
Bunga ni nanti U letak dalam pasu siram hari-hari. Tu bukan duit tu tau. Sign Zeti tu I copy paste je.
Last but not least; what a beautiful bride U were on that night Liana! Congratulations and lots of love from CAE!
Keine Kommentare:
Kommentar veröffentlichen