wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Donnerstag, 9. Dezember 2010

Nah, sekeping Nikon D3100 untuk hari jadi cik Shikin

There was a time when I think that I should sometime pamper myself. Hehe, kononnya nak menghadiahkan diri sendiri dengan intan permata dan harta benda dunia setelah pelbagai onak dilalui. Wahh gitueww.. Membuak-buak rasa gelojoh ingin memiliki satu objek ni. Sebiji kamera. Bukan kamera sahaja objek yang mahu dimiliki masa tu. Led, kereta, peti ais, oven, ketuhar, mixer, senduk, sudip dan sebagainya.

Dengan penuh kreatif dan geliga, pelbagai alasan dicipta kenapa kamera sangat diperlukan. Dimana kehendak itu harus ditunaikan dengan seberapa segera. Akhirnya, ting! Mentol menyala! Hadiah harijadi untuk diri sendiri! Kehkehkeh.. Nak mintak orang belikan memang tak la kan. Beli je la sendiri. Sob sob *sambil menahan air jernih mengalir di pipi*

Long story short, degilnya aku tak dapat dibendung lagi. Sehari sebelum ke Bandung, dengan puasnya aku menggendong objek itu di bahu kananku. Lenguh belah kanan, tukar belah kiri pulak. Entah bila tukar gantung kat leher. Puas ...!


Lokasi pertama beliau ialah Jogjakarta..! Hehehe.. Masuk hari ketiga, boleh pulak budak-budak ni bagi nama pada beliau.. cumi-cumi.. atoyaii.. tapi takpe la.. comel jugak. Maksud cumi-cumi tu tak perlu la diterangkan lebih lanjut ye. Biar la pihak-pihak berkaitan je tahu. Koh3..



1 Kommentar: