wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Dienstag, 9. November 2010

Tak pandai aku

Kalau pandai aku melakar lukisan,
Dah beribu lukisan aku hasilkan agar tak bosan.

Kalau pandai aku mengarang,
Dah bernaskah novelku tuliskan agar senang hatiku girang.

Kalau pandai aku menyusun kata menjadi lagu,
Dah banyak aku tulis lagu agar aku tak sayu.

Kalau pandai aku bermain gitar,
Dah banyak laguku nyanyikan walau suaraku sedih bergetar.

Kalau lantang nyaring suaraku,
Dah lama aku menjerit agar semua sakit kehembus tiada yang terbuku.

Kalau aku pandai menyanyi,
Dah puas aku menyanyi agar tak sunyi.

Kalau aku si halimunan,
Dah lama ku hilang agar tak kelihatan kekadang wajahku suram.

Tapi hakikatnya inilah aku,
hamba-Nya yang serba tak tahu, serba tak ada semua tu ..
yang akhirnya hanya mampu mengangkat tangan memohon pada-Nya di saat aku buntu.
di kala aku haru.
itu saja yang aku tahu, aku mampu.


Love this and I will love you!

when I see your face
there´s not a thing that I would change
cause you´re amazing
just the way you are
-Bruno Mars-

suka betul humming lagu ni sekarang, tak kira tengah buat ape. baik masak, cuci pinggan, lap dapur, cuci toilet, kemas rumah (wahh... sume kerja-kerja gadis tau), berangan, buat kerja, buat sibuk dan sebagainya. Pendek kata lagu favourite la. Comel sangat kot..! Ohh tulus sungguh sang Bruno Mars itu memuja gadis beliau. ekeke.

Kepada jejaka-jejaka kat luar tu, contohi la Bruno Mars ni. When you see her face, there´s not a thing you wish you would change, cause she´s amazing, just the way she is (nyanyi ikut rentak Just the way you are) ..

Baiklah, nak sambung nyanyi lagu ni untuk kali ke -4. Wink wink! (",)

Donnerstag, 4. November 2010

Capturing the moments

Rasa macam nak ada hobi baru boleh tak? Iaitu photography. Hehe. Dulu tak suka ada kamera, alasan nanti jarang muka masuk gambar. Ye la kan, nama pun photographer. Kalau dia pun nak masuk gambar kena pakai timer la kot.
Semua pun nak ade SLR sekarang. Kamera kecik-kecik dah tak in. Makin bulky kamera beliau, lagi hebat bakat beliau (betul ke?).
Sekarang ni sebelum beli sebiji, kamera liana dengan wan jadi mangsa test power. Antara hasil-hasil:

Comment: Bole cube lagi lain kali

Bilik 604

Kedai biskut kat Marseille, France

Souvenir shop, Marseille

Saya budak baru belajar, kalau salah meh ajarkan. Hehe. Oleh itu alasan makin kukuh untuk saya beli kamera hebat sebiji supaya saya bole ambil gambar yang lebih tegar! Hmm.. penggunaan perkataan da kurang mampan, malam da melabuhkan tirai, mintak izin tidur dulu. Tata!

Mittwoch, 3. November 2010

Adorable kids .. too cute to resist!

Perangai si shikin ni, pantang tengok baby, confirm excited nak pegang. Sejak zaman budak-budaklagi mula ada tabiat ni. Sebab tu la masa kecik-kecik suka sangat main teddy bear. Bila da bole pegang baby, teddy bear pun suka jugak lagi. Hehe. Comel sangat kot! Rasa nak gigit-gigit. Nasib la mana-mana baby yang cik shikin jumpa. keh keh keh.. So kids! be careful where ever you are!

Aish: Hasha, tengok tu..!
Hasha: Mane?

Aish: Tuu...
Hasha: Ohh.. comel nye..

Comel kan kan kan? Tengok la anak sepupu siapa.. hehe.. Anak cousin aku, abang faiz dengan kak ain. Dua beradik yang comel, tak bole berenggang, lagi-lagi Hasha. Manja betul. Nak pegang pun susah, apetah lagi nak gigit. Takpe, nanti cik Shikin cuba lagi! =P

For more gorgeous pics, jangan segan-segan klik sini: TJauh | photoGRAPHy

Dienstag, 2. November 2010