wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Samstag, 29. Januar 2011

Nasi lemak ayam goreng, sedap hingga menghentak kaki.

Entah macam mana sabtu lepas sesat ke ampang. *Sabtu lepas* tu dalam konteks ketika ini adalah 3 minggu yang lalu. Eh... mana ada sesat. Perjalanan lancar yang dirancang. Hoh, but a thousand thanks to payau. Kalau tak ada anda encik payau, minyak kereta aku hanya habis akibat meronda Shah Alam. Semua seksyen la kot aku ronda. Sessi ronda *mari mengenali bandar Shah Alam*.

Sempat pulak pergi singgah culik che pah kejap. Suspense che pah. Ingat payau nak bawa dia ke lovely dinner ke apa kan.
Teettt.. teeettt...

Payau: Helo chepah. Lokasi roger.
Chepah: Kat rumah.
Payau: Da mandi belum?
Chepah: Call kita sebab nak tanya tu je ke. Kecewa.
Payau: Eh bukan. Tu intro. Ada hal tak petang ni. I nak pegi kidnap u kejap ni.
Chepah: Nak pegi mana?
Payau: Nak pegi beli cincin.
Chepah: Payau??? Are u getting married?

Aku pun bole agak bingit telinga payau di kala itu dengan jeritan chepah.

Payau: Keh keh keh.. takde la. Tik ni ha nak jadi gadis metropolitan jap. Jom la jadi orang ketiga kitorang. Lagi afdal.

Encik payau yang tabah tunjuk jalan.

Mangsa culik tapi bila sampai rumah dia suka rela je menyerahkan diri. Siap keluat gate rumah sendiri lagi. Tak perlu heret dengan guni. Huh, easy job la che pah ni.

Hasil buruan. Nasi lemak ayam goreng kat taman kebun bunga. Tak jauh pun dari taman melawati tu. Da lama tak layan makanan gerai. Open air. Sembang-sembang sambil gosip. Best! Sedap gila nasi itu... Hmm... sekarang ni kalau orang tanya nak makan apa, jawapan aku tak ada lain melainkan *nasi lemak ayam goreng!* Sebenarnya.. lunch tadi pun makan nasi lemak ayam goreng jugak.

Lokasi: Josh & Jana at Giant Putra Height.

Another truth to be told, semalam (Jumaat) punya lunch pun menu sama. Lain tang ayam je. Nasik lemak ayam rendang.

Lokasi: Uncle Lim at Subang Parade.

Thanks to liana sebab suggest kopitiam tu. Plus point! Karipap dia sedap! Boleh bagi 10 markah out of 10! Nasib baik tabahkan hati. Kalau tak cukup tabah, da tapau da karipap tu 5 keping. Ekeke..

p/s: mula-mula nak letak tajuk entri jalan-jalan sambil menculik chepah di ampang. Tapi macam banyak pot pet pasal nasik lemak je kau kin. Kui kui kui.

Donnerstag, 20. Januar 2011

Creative Blog Award

Tadaa!! Yay yay! Dapat award baru.. Yay yay! Ni kalau gadai ni dapat beli LCD 3D ni. Koh koh koh.

Terima kasih kak liza bucuk bucuk macem macem sebab sudi tag tik! Danke manke!


Hmm.. jap jap. Tang mana creative kau ni Kin? Agen pemusnah adalah kan. Bukan pernah nak mencipta sesuatu yang baru untuk manfaat semua. Malah dapat barang kau rosakkan adalah. (T.T)

Jap nak menilai kekreatifan diri sendiri.. Hmm.. *3 jam kemudian..*

1. Kebolehan mencipta resepi sendiri yang akhir sekali aku sendiri pun tak tahu nak bagi nama apa masakan yang tersergam tu. Masakan tu pun agaknya confuse dengan identiti dia sendiri. Menangis dalam hati ayam/ikan/daging/sotong/brokoli/siput sedut dalam periuk tu. Nasib la kau. Tapi tak kesah.. janji sedap! Heheheh.. perasan sungguh. *Haip! jangan buat muka menyampah!*

2. Haa ni nak cerita pasal konon nak tambah sifat creative dalam diri. Photography. Pantang nampak objek depan mata nak snap aje. Tapi yang sadisnya, nak setting tu pun da dekat 3 hari. (T.T) Banyak betul istilahnya; aperture, shutter speed, shut up. Last sekali snap dengan N95 yang antik tu je. Debush!

3. Blogging boleh masuk kategori creative tak encik pengadil? Please.. please..
Susah jugak sebenarnya nak jadi creative mase blogging ni. Baca blog orang macam best je. Siap boleh gelak guling-guling sambil hentak kaki lagi. Orang baca blog kita macam mana pulak? Hentak kepala ke dinding gamaknya. Hmm....

Oh tidak. Baru sedar diri sendiri kurang creative. Dapat sebut sampai 3 je. Sedih sedih. Terpaksa la join kelas menjahit dan menyulam lepas ni. (T.T)

Meh kita pas award ni kepada mereka yang lebih layak:

.. wafa
.. kak farr
.. liyana izzati
...sue
...amin

Korang semua list lebih dari 8 tau. 38 pun takpa. Jangan jadi macam shikin. Kuang kuang kuang..

Sonntag, 16. Januar 2011

The worst feeling day ever

Sangap. Buhsan. Boring. Mati kutu. Hilang arah. Hilang akal. This is my weakness. Tak reti duduk sorang-sorang kat rumah. Najwa balik kampung sampai selase.

Dah la tu. Rasa mual. Loya. Nak muntah. Nervous. Dup dap dup dap. Perut lapar tapi tengok makanan rasa nak muntah. Dah symptom pembawak budak dah ni. Huak.

Pagi tadi lepas subuh mata dah tak boleh pejam. In other way bagus la kan bangun awal. Biasanya hari minggu macam ni la nak buat perangai tak senonoh. Tapi weekend kali ni agak sopan kau Shikin. Bukan soal sopan atau kurang ajar. Soalnya tak sedap hati. Mata tak aman nak pejam. Otak ligat berfikir. Semua benda pun kau nak fikir hari ni kan Kikin. Arghhh!

Nak bagi hilang dup dap dup dap tu, kereta jadi mangsa lepas tension. Tak pasal-pasal dia kena mandi pagi-pagi. Eh bagus apa. Kan semalam janji nak basuh kereta hari ini. Mission accomplished la ni kira. Riang sikit mandi sama-sama dengan kereta. Buat-buat tak sengaja simbah diri sendiri. Opsssieee.. Konon-konon baldi melompat (terbalik) pastu air tertumpah. Kereta duk elok kering lagi, tuannya dah lencun main air. "Apppaa la tuan aku ni." kalau kereta tu boleh cakap cam tu la kot bunyi dia.

Lepas mandi beramai-ramai, naik bilik. Mandi kejap. Setengah jam kemudian, baring sambil fikir nak buat apa. Fikir 2 minit, berengan setengah jam. Pastu fikir balik. Pastu sambung berangan balik. Nak keluar isi minyak, tapi awan kata aku kandung air. Sampai tempat sejuk aku pun cair.. *pang!*

Layan movie. Valentine´s day. Best. Suka Ashton Kutcher. Comel. Ihik ihik. Rasa normal sikit boleh gelak. Ingat nak gelak guling-guling. Tapi sebab sang biri-biri pun da occupy separuh katil, guling setempat je la boleh.

Hmm.. nak buat apa lagi eh. Nak keluar bersidai kat mall, malas. Tak kuasa pusing-pusing sorang-sorang. Dah la tak ada objektive tegar. At least I need someone to talk to. Tapi separuh niat cakap nak rehat je kat rumah. Separuh lagi rasa bosan tak boleh blah.

Tiba-tiba tertoleh ke kanan. Damn. Baju kerja belum iron. Malam sikit la iron. Siang-siang panas duduk sebelah seterika. Hoh, dasar procrastinator.

Freitag, 14. Januar 2011

Dilema pagi sabtu

Lambat pulak matahari keluar pagi sabtu ni. Makin kukuh alasan nak tidur. Isk tak boleh tidur. Dah janji dengan najwa nak alihkan kereta sebab dia nak balik kampung. Biasa la.. semalam masa balik kerja siapa suruh tak masuk kereta awal-awal ke dalam. *tak berani la tu.. sempit kan sebab haiwan najwa da bertenggek kat sebelah side.*

Sambil-sambil dalam kereta duduk tunggu najwa buat apa entah dengan bonet kereta dia, dengar red fm jap. Urghh morning news. Morning sickness dengan berita pagi-pagi. Kepala belum switch on 100% untuk terima kebenaran dan fakta pagi-pagi ni.

Hmm.. lepas ni nak buat apa eh.. Jogging.. Eh, anjing liar lalu depan kereta! Terhinjut-hinjut. Kesian. Kesian je la. Sambil geleng-geleng kepala. Anjing pun pandai jogging pagi-pagi sabtu. Kau?
Ermm.. aku? Eh! Tu ada lagi anjing kurap lain. Pandai je kau kin dia ada kurap. Ada kau nampak ke? Okay, stray dog. Oh banyak pula haiwan berkeliaran. Macam mana nak jogging. Nanti kena ligan. Tak cukup taman putra heights nak lari.

Okay, option jogging da kena slash disertakan dengan alasan yang cukup kukuh. *Cis* Bila kau nak burn kolesterol degil ni kin? Hmm.. nak ajak toher sign up gym la. Bagus. At least bukan sahaja berjaya bagi alasan, siap ada penyelasaian alternatif pula. Uhuk uhuk.

Option 2 untuk meregangkan otot: Basuh kereta. Alamak, seksi, sedang pakai kaftan. Tak sopan. Kalau nak tukar seluar semata-mata nak basuk kereta tak bagus. Membazir sabun basuh. Bukan sayang sabun tu, sayang alam sekitar la. Esok basuh kereta. Isnin nanti encik kereta boleh tersenyum megah sebab berkilat-kilat baru lap.

Okay so shikin nak buat apa ni? Semua pun kau tak nak. Madah berhelah betul. Haa! Kemas almari baju. Nak masuk baju tak nak pakai masuk kotak najwa.

10 minit lepas tu..

Siap da. Almari da cantik. Tak keluar peluh la. (T.T) Lapar pulak. Sarapan lah dulu apa kata?

Donnerstag, 13. Januar 2011

truth to be told

Thanks for tagging me wafa! Again! Wafa lagi..haha.. My world evolves around her la kot. Wah gitu..! Suka betul wafa ni menjawab jawab soalan tau. Patut la masa spm dulu cemerlang. (^.^)

Starting Time : 2130
Name : Wan Norashikin Wan Mohd Rais
Brother(s) : Wan Mohd Ridhuan
Eye Colour : dark brown
Shoe Size : 39
Hair : long
Piercing : ears
What are you wearing right now : kaftan
Where do you live : Putra Heights, Subang Jaya
Favorite no : 5
Favourite drink : green tea
Favourite breakfast : nasi lemak Uncle K Kopitiam

Have You Ever :
Broken a bone : nope
Been in police car : nope
Fallen for a friend : gila kau tak pernah!
Fallen for a guy/girl in a short period of time : ada, cinta monyet la tu kan? ekekek
Swam in the ocean : penah
Fallen asleep in school : fuh, hobby ni. Habis bebekas pipi.
Broken someone's heart : hmm.. penah. ampunkan saya orang berkenaan. Ekeke
Cried when someone died : penah
Sat by the phone all night waiting for someone to call : penah. cam selalu je bertindak bingai sebegini.
Save e-mails : yes
Been cheated on : fuh, perit.. (-_-)

What :
Your room like : kosong. ada katil, wardrobe dengan meja make up je. Serba sederhana.
What is right beside you : Meja jepun najwa, ferrero rocher, handphone, komim conan, surat, bantal
What is the last thing you ate : tau fu fa!

Who:
Who did you last yell at : anod .. hahah siapa suruh dia buat lawak sengal dalam office tadi.
Who was the last person you dance with : tak pernah menari.
Who last made you smile : najwa

Final Question:
What are you listening to right now : lagu kat laptop dayah
What did you do today : pergi kerja, sangap kat office, balik office, masak, buka puase, sekarang tengah jawab soalan cepu cemas ni, pasni zzz..!
Are you the oldest : ye saya..
Indoors or outdoors : outdoors!

Today You Did:
Talk to someone you like : tak sempat cakap. curi-curi jeling-jeling je.
Kiss anyone : banyak kerja ah!
Sing : dalam kereta masa balik tadi.
Talk to an ex : ex saya duduk ceruk mana entah.
Miss Someone : badly.
Eat : saya suka makan kot.

Last Person Whooo:
You talked to on the phone : mama
Made you cry : diri sendiri.. rasa bebal..
You went to the mall with : najwa
Who cheer you up : liana, elyana, ayu, budak-budak office.

Have You:
Been to Mexico : nope
Been to USA : nope

Random:
Have a crush on someone : penah
What book are you reading right now : robert kiyosaki´s book (lupa da tajuknya)
Best feeling in the world : masa habis training kat barcelona. Yay! balik malaysia!
Future Kids name : fuh. kena bincang dulu ni. tak bole buat keputusan sendiri. tapi kena ada *na* (nana, tina,.. )
Do you sleep with your stuffed animals : yer! Kambing biri-biri putih yang sungguh comel.
What is under your bed : takda pape la harap-harapnya. tetutup. *seram*
Favourite sport(s) : ping pong, bowling
Favourite place : bilik dekat frankfurt (-_-) and rumah mama!
Who do you really hate : Tak baik benci orang. Wahhh..!
Do you have a job : mat saleh panggil engineer.

What time is it now : 2150

so wut did i got from doing this?
->rasa macam perlu jadi lebih jujur.. ahaks!

saper yg akan di tag?
- kak farr
- sue
- amin
- kak liza

Montag, 10. Januar 2011

Seratus Kebenaran

Hippy hippy! Got this 100 truths list from my dearie miss wafa. Meh nak uji sikit berapa bekukah otak wan norashikin sekarang di kala sejuk dingin begini..

001. Name → Wan Norashikin Wan Mohd Rais
002. Nickname(s)→ tik, shikin, kin, kikin, ekin
003. Born on --> October 20, 1985
004. Zodiac sign --> Libra
005. Male or female → Female
006. Elementary → Sekolah Kebangsaan Palekbang
007. Middle School → Sek Men Keb. Zainab 1
008. High School --> MRSM Pengkalan Chepa
009. College School --> German Malaysian Institute
010. Hair color → Black
011. Long or short → long
012. Loud or Quiet → loud
013. Sweats or Jeans → Jeans
014. Phone or Camera → Camera
015. Health freak → Yes
016. Drink or Smoke? → say no to both
017. Do you have a crush on someone? → Hmm.. nope.
018. Eat or Drink → Eat!
019. Piercings → Ears piercing
020. Tattoos --> nope

FIRSTS:
023. First piercing → 5 y.o. ( think so.. )
024. First best friend → Sheriman
025. First award → pelajar terbaik darjah satu kot. wahahah
026. First crush → Form 2 (tapi sampai sekarang tak tahu apa nama mamat tu.. ekeke)
027. First pet → hmm.. never had one.
028. First big vacation → Vienna, Austria
030. First big birthday --> my 25 th bday (wink wink!)

CURRENTLY:
049. Eating → nothing, da gosok gigi.. dah malam, tamau makan.. uhuk uhuk.
050. Drinking → air suam
052. I'm about to → watch my favourite How I met Your Mother for the zillionth time!
053. Listening to → jiran sebelah parking kereta
054. Plans for today → dah malam ni ha.. tidur.. esok kerja..
055. Waiting for → someone to reply my sms

YOUR FUTURE:
058. Want kids? →Yes, 2-3
059. Want to get married? → Siapa tak nak? Meh sini nak cubit. Sempurna separuh agama.. (",)
060. Careers in mind → engineer (tu la pun duduk buat sekarang ni) Career lain kena fikir balik.

WHICH IS BETTER IN THE BOY/GIRL YOU LIKE?
068. Lips or eyes → eyes
070. Shorter or taller? → taller
072. Romantic or spontaneous → romantic
073. Nice stomach or nice arms → stomach
074. Sensitive or loud → Sensitive
075. Hook-up or relationship → Relationship
076. Trouble maker or hesitant → no to both

HAVE YOU EVER:
080. Lost glasses/contacts → yes, contacts
081. Ran away from home → never
082. Held a gun/knife for self defense → no
083. Killed somebody → No
084. Broken someone's heart → Yes
085. Been arrested → No
087. Cried when someone died → Yes

DO YOU BELIEVE IN:
089. Yourself → yes
090. Miracles → Sometimes
091. Love at first sight → no
092. Heaven → Yes
093. Santa Claus → No
094. Tooth Fairy --> no
095. Kiss on the first date -> No

ANSWER TRUTHFULLY:
097. Is there one person you want to be with right now → yes
098. Are you seriously happy with where you are in life → 70% yes
099. Do you believe in God → YES
100. Post as 100 truths → done ;)

Samstag, 8. Januar 2011

Shah Alam ku sayang

Uhuk uhuk.. da berapa zaman tak pegang streng rasa macam cacat pulak bawak kereta sekarang. Tu la, siapa suruh tak rajin berlatih. Kalau pegang pun bila ada situasi berikut:

Intan: Weh, aku nak keluar ni. Najwa mana? Nak mintak alih haiwan dia ni.
Yat: Dia mandi kot. Tuh kunci atas meja. Alih je.
Intan: Tak reti, manual. Ekeke.
Yat: Shikin, ape kata?

Cet, da agak da tugasan tu. Tunggu detik je.

Shikin: Meh.

Setakat alih 5 meter jarak tu tak ada masalah. Gear satu je. Tak perlu memerah otak nak tukar ke gear 2 segala. Tapi kalau nak suruh bawak pergi Sunway Pyramid atau destinasi sewaktu dengannya, kau jangan harap. Aku rela declare aku tak ada lesen. Wakakak. Lagi - lagi kalau kena masuk round about. Dah la Shah Alam ni bandar round about. Kalau ada jata bandar, sure letak gambar round about. Hoh. Sabar je la mak. Mana nak tengok kereta kiri kanan, nak fikir exit lagi. Oh crap..! Kan senang kalau jalan lurus je. Ngeng.

Semalam aku adalah driver paling mematuhi peraturan. Passenger duduk bersembang kat sebelaj pun aku buat muka keras je. Handphone ringing pun aku buat tak layan. Ecewah, awal-awal memang ah mematuhi undang-undang segala. Entah-entah nanti main sudoku entah kau dalam kereta. Koh koh koh.

Abang-abang MBSA atau JKR Shah Alam atau siapa-siapa je la yang buat jalan Shah Alam, tak ada rasa kasihan kat rim kereta kami ke. (T.T) Lubang sama lebar dengan jalan. Penat nak kena buat alignment tayar je nanti saya bang.