wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Dienstag, 9. November 2010

Tak pandai aku

Kalau pandai aku melakar lukisan,
Dah beribu lukisan aku hasilkan agar tak bosan.

Kalau pandai aku mengarang,
Dah bernaskah novelku tuliskan agar senang hatiku girang.

Kalau pandai aku menyusun kata menjadi lagu,
Dah banyak aku tulis lagu agar aku tak sayu.

Kalau pandai aku bermain gitar,
Dah banyak laguku nyanyikan walau suaraku sedih bergetar.

Kalau lantang nyaring suaraku,
Dah lama aku menjerit agar semua sakit kehembus tiada yang terbuku.

Kalau aku pandai menyanyi,
Dah puas aku menyanyi agar tak sunyi.

Kalau aku si halimunan,
Dah lama ku hilang agar tak kelihatan kekadang wajahku suram.

Tapi hakikatnya inilah aku,
hamba-Nya yang serba tak tahu, serba tak ada semua tu ..
yang akhirnya hanya mampu mengangkat tangan memohon pada-Nya di saat aku buntu.
di kala aku haru.
itu saja yang aku tahu, aku mampu.


Love this and I will love you!

when I see your face
there´s not a thing that I would change
cause you´re amazing
just the way you are
-Bruno Mars-

suka betul humming lagu ni sekarang, tak kira tengah buat ape. baik masak, cuci pinggan, lap dapur, cuci toilet, kemas rumah (wahh... sume kerja-kerja gadis tau), berangan, buat kerja, buat sibuk dan sebagainya. Pendek kata lagu favourite la. Comel sangat kot..! Ohh tulus sungguh sang Bruno Mars itu memuja gadis beliau. ekeke.

Kepada jejaka-jejaka kat luar tu, contohi la Bruno Mars ni. When you see her face, there´s not a thing you wish you would change, cause she´s amazing, just the way she is (nyanyi ikut rentak Just the way you are) ..

Baiklah, nak sambung nyanyi lagu ni untuk kali ke -4. Wink wink! (",)

Donnerstag, 4. November 2010

Capturing the moments

Rasa macam nak ada hobi baru boleh tak? Iaitu photography. Hehe. Dulu tak suka ada kamera, alasan nanti jarang muka masuk gambar. Ye la kan, nama pun photographer. Kalau dia pun nak masuk gambar kena pakai timer la kot.
Semua pun nak ade SLR sekarang. Kamera kecik-kecik dah tak in. Makin bulky kamera beliau, lagi hebat bakat beliau (betul ke?).
Sekarang ni sebelum beli sebiji, kamera liana dengan wan jadi mangsa test power. Antara hasil-hasil:

Comment: Bole cube lagi lain kali

Bilik 604

Kedai biskut kat Marseille, France

Souvenir shop, Marseille

Saya budak baru belajar, kalau salah meh ajarkan. Hehe. Oleh itu alasan makin kukuh untuk saya beli kamera hebat sebiji supaya saya bole ambil gambar yang lebih tegar! Hmm.. penggunaan perkataan da kurang mampan, malam da melabuhkan tirai, mintak izin tidur dulu. Tata!

Mittwoch, 3. November 2010

Adorable kids .. too cute to resist!

Perangai si shikin ni, pantang tengok baby, confirm excited nak pegang. Sejak zaman budak-budaklagi mula ada tabiat ni. Sebab tu la masa kecik-kecik suka sangat main teddy bear. Bila da bole pegang baby, teddy bear pun suka jugak lagi. Hehe. Comel sangat kot! Rasa nak gigit-gigit. Nasib la mana-mana baby yang cik shikin jumpa. keh keh keh.. So kids! be careful where ever you are!

Aish: Hasha, tengok tu..!
Hasha: Mane?

Aish: Tuu...
Hasha: Ohh.. comel nye..

Comel kan kan kan? Tengok la anak sepupu siapa.. hehe.. Anak cousin aku, abang faiz dengan kak ain. Dua beradik yang comel, tak bole berenggang, lagi-lagi Hasha. Manja betul. Nak pegang pun susah, apetah lagi nak gigit. Takpe, nanti cik Shikin cuba lagi! =P

For more gorgeous pics, jangan segan-segan klik sini: TJauh | photoGRAPHy

Dienstag, 2. November 2010

Donnerstag, 28. Oktober 2010

How Sweet

"We sat side by side in the morning light and looked out at the future together."
Brian Andres

"Give her two red roses, each witha note. The first note says For the woman I love and the second For my best friend"
Source unknown

"The bravest thing that man do is to love a woman"
Mort Sahl

Bold
"Grow old with me! The best is yet to be."
Robert Browning

"Love does not consist in gazing at each other, but in looking outward in the same direction."
Antoine de Sant-Exupery

"Love doesn´t make the world go round. Love is what makes the ride worthwile."
Franklin P. Jones

"The greatest weakness of most humans is their hesitancy to tell others how much they love them while they are still alive."
Orlando A. Batista

"Love is the only flower that grows and blossoms without the aid of the seasons."
Kahlil Gibran

"Anyone can be passionate, but it takes real lovers to be silly."
Rose Franken

Mittwoch, 27. Oktober 2010

Semua pun nak muda

Guess what? One of my favourite talk show masa zaman-zaman jadi bibik terpelajar dulu adalah WANITA HARI INI. Wah… wanita gitu shikin sekarang. Tehee.. Mula-mula tak minat, tapi da tak ada benda lain nak tengok hari-hari (selain CSI ngan halimah jongang… jongang jongang jongang..!), WANITA HARI INI la jugak jadi pilihan.

Tapi tak ada la bosan sangat talk show ni. Informatif, sesuai untuk gadis-gadis yang tengah mencari identiti kewanitaan macam aku ni. Ada satu episode, guest nya adalah seniwati Sarimah (yang dari dulu sampai sekarang gorgeous) untuk share petua awet muda. Meh sini nak share petua-petua beliau yang ala-ala mampu kita ikut. Ada jugak aku tokok-tambah petua-petua Datuk Dr. Fadilah Kamsah (pun dari dulu sampai sekarang gorgeous). Me loikee..

1. Amalkan bangun pagi (jap rasa nak gelakkan diri sendiri. Lagi-lagi bila namanya sabtu dan ahad.)

2. Mandi sebelom matahari terbit. Kajian membuktikan kalau mandi sebelum matahari terbit dengan air sejuk, susah nak gemuk. Lemak-lemak menggigil lalu pecah agaknya.

3. Sebelum gosok gigi pagi-pagi, minum air suam dulu. Minum je, tak usah la bantai nasi lemak bagai.

4. Masa bangun pagi, muka biasanya berminyak kan. Masa tu adalah paling sesuai buat urutan wajah. Start dari bawah dagu, bawa jari ke pipi, naik ke hidung dan terus ke bahagian bawah dahi. Pastu minum air suam macam saya cakap tadi sebelom gosok gigi. (Patutnya yang ni no. 3, debush untuk aku)

5. Masa air mengalir ke muka ketika mandi, urut muka sambil selawat.

6. Kalau sempat, sebelum mandi buat stretching sikit.

7. Sebelom sarapan, minum air suam. Sunnah nabi, minum madu waktu pagi. Sedap.

8. Masa makan jangan selang selikan dengan minum air. (nanti perut buncit, enzim tak bole bertindak effectively masa penghadaman, pH da berubah. rujuk buku fizik sasbadi tingkatan 5)

9. Elakkan minum ais, tak elok untuk fungsi urat saraf.

10. Jangan mandi lepas makan. Suhu badan turun, penghadaman da tak optimum.

Suka betul baca-baca petua ni. Tapi selalunya mampu baca je la. Ikutnya payah nau.Sekian.