wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Samstag, 1. Januar 2011

2010 in memory

Hmm.. apa kata, sebelum kita menjelajah 2011 dengan lebih jauh lagi (wah dah macam pakar motivasi da ni), ayuh kita singkap kembali apa yang dah jadi tahun lepas. (Alamak, masa ni la rasa menyesal takde diary. Kena berfikir sejenak apa dah jadi tahun lepas.. )

January
Basically duduk rumah je memegang gelaran penganggur kehormat. Kerja sambilan tanpa bayaran: bibik di rumah mama. Chanel 701 tu sampai da hafal hari-hari ada cerita apa. So pathetic..

February
Masih membibikkan diri dengan penuh kesetiaan walaupun bayarannya hanyalah makan free selama 3 bulan. Patuh. Janji tak cari majikan lain.

March
15 March .. First day at work in Proton. Huhu, hari first sangat nervous. Wahh.. macam first day at school je. First job lepas graduated. Kalau student AF, dunia di luar villa indah itulah yang dikatakan dunia sebenar. Sama la kan. Selesai 4 tahun kena groom dekat negara 4 musim, inilah alam nyata yang kena hadap. Dulu bole kira honeymoon. Study ngan jalan-jalan sama je banyaknya. Huhu. Sekarang ni amik kau. tunggang langgang la kau bekerja. MARA is no more there for you to feed you! (T.T)

26 March .. not sure if this is the correct date of moving in with other colleagues. New house, putra heights. Besar gila untuk kami berempat sampai tak tahu how to utilize the space. Siap boleh ada space untuk skipping lagi. Wahh.. keep up the good shape gitu!

May
29 May .. My cousin got engaged! Congratulations to Ina and Hyril. May you both be blessed!

July
28 July .. My step father passed away because of parotid cancer. Al-fatihah. May he rest in peace InsyaAllah.

August
16 August .. mini buka puasa reunion with collegemates GMI in Bangi. Memang sangat la mini. Berapa kerat je pun yang ada; toher, Onny, beast, hilmi, pesem, syamsul. Tu pun sebab ad-hoc plan. Tak sempat nak ajak ramai orang. Yang ajak pun ramai tak boleh datang. Maklumla, semua dah bekerjaya sekarang ni. Huhu. Tapi walaupun mini tapi sangat meaningful gitu ye kawan kawan..!

September
12 September .. First raya dengan beloved family setelah 4 tahun beraya nun di seberang laut. Bukan Pulau Jawa ok. Tidak sekali Pulak Jerjak. Rasa best pulak dapat perhatian masa sembahyang raya. " Eh, shikin da balik..!" jerit mereka. Nasib baik takde yang mintak sign. Cet. Huhu.

15 September .. BBQ at home! It was nice as that was our chance for our big family to get back together and spend some time chit chatting and share laughs! Miss it like hell!

18 September .. Kena attend 2-months-training kat Barcelona with one of proton´s consultant for our latest project. Sengsara duduk hotel 2 bulan sensorang macam kerusi. Hari-hari balik kerja tengok grey´s anatomy ngan how I met your mother sampai da boleh finish their sentence. How lame is that??
But apart of it, it was nice to have a chance to work overseas. Sebelum ni pernah jugak tapi as an external student je, buat intership ngan final year thesis.

October
Still in Barcelona. Mode hari-hari adalah pangkah kalendar mengira detik nak balik Malaysia.

1 October .. Yat and paroi tied the knot! Happy for you yat! Tapi sedih tak dapat tengok kau pakai baju pengantin secara life. Sebelum pergi Spain aku la yang duduk bagi kau semangat jahit veil tu kan yat.. Haha perasan kau shikin.. debuk!

7 October .. Trip to Marseille together with Yana, Wan and Ayu. Best dapat jumpa Yana ngan ayu! Catch up time! But mostly with yana la sebab kitorang bagi can wan ngan ayu had their own precious catch up moment. Huhu jealous ah ni! Terpaksa si single shikin dan yana bergabung tenaga demi menenangkan hati masing-masing. Bertabah je la noq..

23 October .. The most tragic trip ever! trip to Italy. Konon nak holiday dengan geng yang kena hantar ke Italy. Plan asal adalah fly to Milan. Pendekkan cerita (tak bole cerita panjang, sebak, rasa nak nangis. koh3), kitorg miss flight pagi tersebut. Tak tahu kenapa aku sengal sangat pergi propose dekat Wan naik kereta 10 jam ke Italy. Gila. Wan pulak cakap ok. Kurang waras si Shikin waktu itu. Yes, I admit. That was the stupidest decision I ever made! Tapi sampai sana hilang regret sebab dapat cium nuha puas-puas! And another thing is, I got to taste the tiramisu made with love by auntie yana untuk untuk auntie kikin for ny birthday!!! Thanks yana! That was so thoughtful of you!

28 October .. Turn geng Italy pulak datang Barcelona holiday bersama kami. Uhuk3. Alhamdulillah everything went well. Seronok gila! Seminggu tidur beramai2. Penuh katil Queen saya.. (^.^)

November
Dua minggu lagi nak balik malaysia! Wooooha!!!

5 November .. Trip to London. Shopping spree!!! Tapi takde la shopping banyak pun. Baju sekeping je kot. Bukan sale pun. So kelip-kelip pandang-pandang sengih-sengih je. Lagipun not in the mood of shopping. Lebih kepada menemani cik Yana yang kalut mencari barang hantaran untuk coming wedding beliau. Quite a nice short trip! At least I did it to kill the rest of the remaining time before go back home!

14 November .. Saat ditunggu tiba. Sampai airport Barcelona awal gila. Lesson learnt okay! Haha.. Pendek cerita, kami selamat sampa ke Malaysia. Sampai-sampai terus dibawa ke Alamanda. *terima kasih kamu bawak orang jalan-jalan! Wink wink!!* Rasa orang paling busuk adalah si shikinla memang takde yang lain da. Rasa nak tulis kat dahi *saya busuk, mind your distance*

December
2 December .. Menghadiahkan diri sendiri dengan DSLR D3100. Hehe. Love it!

3 December .. Here we come Bandung! Our first best-friends-holiday! Really had a great time with Wafa, Sue, Nabil and Che pah beloved! Girls, lets do this again! This time I vote for Bali!

8 December .. Got back from Bandung. 2 hari lepas tu demam teruk. Doctor suspect kuman dari bandung. Oh Gosh! 2 minggu hidup tak bole berpisah dari tisu. Running nose, batuk, demam panas. Kool fever, dikau banyak berjasa. Tanpa kau, malam-malam tidurku tak boleh tutup mulut sebab hidung gagal berfungsi membenarkan oksigen disedut. (T.T)

.................

Sekian review untuk 2010. So many things happened. So many memories were made, particularly during the 2 months period in Spain. It was full of dramas. Kalau buat telenovela bole hit ni! (^.^)

Apa-apa pun yang jadi tahun 2010 tu jangan dilupa gitu je. Siapa lah kita tanpa sejarah kan. It´s the history that makes us today kan?? Moga semua yang jadi tahun lepas mematangkan kita sebagai seorang umat atas muka bumi Allah. Let us pray for a better tomorrow fellas!!

House hunting on the first day of 2011

House hunting.. Huh.. mendengar perkataan itu mata pusing tiba-tiba. Rasa loya. Kalau dalam komik biasa digambarkan dengan perubahan warna wajah watak jadi biru kelabu. Tapi tanak cerita pasal komik pun..

Bole pula encik landlord kami buat annoucement nak masuk rumah ni february ni. Buat la annoucement nak pergi umrah ke.. cukur jambul ke.. tak la menjejaskan kami kat sini ye dak. Ekekeke.. Kalau dia baca blog ni (which is never gonna happen) sure die reply *suka hati sanubari dia la dia nak announce ape*. (T.T) Hmm.. bukan pasal landlord pun nak cakap sebenarnye..

Ye la ye la.. suka hati dia.. Kalau rumah tu murah macam plate number kereta (RM 200-RM10 000) kan best. Tapi jangan la sampai bukak tender sampai naik harga jadi RM 300 000. MCA 1. Huh, kalau kakitangan JPJ sure bonus berlipat kali ganda tahun ni *suka hati dia je kan*. Eh eh.. bukan pasal JPJ pun nak cerita..

Baiklah. Weekend yang panjang ni terpakse dikorbankan semata-mata nak cari rumah. Penat je pasukan bola sepak kita bertungkus lumus menewaskan pasukan Indonesia 29 Desember lepas sampai PM umumkan dapat cuti hari jumaat, kitorang pulak buat tak peduli dengan cuti free tu. Bukan tak sudi nak cuti, tapi sarat kepala ni dengan hal rumah belum settle. Karang ada yang tidur kat surau Proton tu karang bulan february ni. (T.T)

Long story short, keluar la aku ngan najwa demi mencari sebiji rumah. Masing-masing seret kaki ke kereta. Cuti babe! Orang lain holiday pergi Bali, kita pusing-pusing area perumahan cari rumah. Sadis. Takpe, kejayaan seseorang biasanya bermula dari bawah. Eh tiba-tiba pulak kan.

Bijaknya la ha dua gadis ni keluar pukol 10.30 masa cuaca tak la sejuk sangat kan. Mau loya masing-masing perut. Tak buat-buat keluar karang, rasa nyesal pulak tak balik kampung. (T.T)

Pusing punya pusing punya pusing kapla pun suda fenin.. ada la jumpa 2 3 rumah kosong yang disertakan dengan banner. TO LET/SALE. Call la hamba Allah ni dengan penuh harapan. ..... *seminit kemudian* .. Da agak da kalau tulis gitu, confirm nak jual. Nak mengaburi je tulis rent tu. Cet, abis kredit.

Matahari macam makin terik. Panas.

" Kau lapar tak shikin?" eceh, najwa buat-buat tanya.

" Takde la lapa sangat. Tapi kalau kau rasa nak makan aku on je." masing-masing taknak berterus-terang.

" KFC jom, rasa nak duduk dalam aircond la". finally najwa menyorok rasa segan-segan ayam. debush!

" Jom! " ekekekke..

Nasib baik tak ramai rakyat nak makan KFC lunch rini. Damai je KFC alam megah tu. Suka!

" Hmm.. alamak, ada burger zinger baru! Cheesy crunch Zinger (betul ntah ni nama die)" . Monolog aku.

" Eh, snack plate la. Nak makan ayam!" kata identitiku yang ke-2.

" Hmm.. apa kata amik X-meal, burger dapat, ayam pun dapat satu. " Kata identiti ku yang ke-3.

" Tak nak add on ke" Eh, tu bukan identiti aku tuh. Tuh dah encik nafsu tu.

" Ye kak, makan sini ke tapau?" Kata Naimah (bukan nama sebenar) adik yang bertugas.

" Hi. Makan sini. Satu X-meal, add-on ice-cream yang baru tu eh." Melompat nafsu kat sebelah.

.....

Kenyang. Last last, ayam dengan fries je larat makan. Zinger tapau buat dinner. Brain freeze. Lemon iced tea punya pasal.


Donnerstag, 30. Dezember 2010

My first award!

Thanks sweetie Sue and Wafa for this lovely award!! Love you both!! Clap clap clap.. (haruslah kan tepuk..)
Walaupun ni award untuk 1432H, applicable jugak la eh untuk new year 2011.. Huhu..!


1. Copy and paste this award in your blog.
-checked!-

2. write an entry, 5 things to do in 1432H
... to be a very good driver (wah gitueww..! tak sabar tunggu new toy keluar.. ekeke)
... paling kurang dalam setahun kena pergi holiday to pamper myself, at least once a year. A girls get away holiday in Bali would be great this year kan wafa? (^.^)
... Holiday pun financial management kena maintain tip top!
... I promise Sue that I will be one of the best bridemaid a bride could ever have, kan wafa!!
... last but not least, the best I need to be is a better muslimah. Insyaallah.. (^.^)

3. Share your mission and/or your vision for this new year
hmm.. I wanna be rich.. Hmm let me think..
Okay, need to do more readings! Robert Kiyosaki would be superb to be idolized!

4. Tag five person and let them share their things to do.

okay! done!

Wish everybody a happy new year and a good day!

Dienstag, 28. Dezember 2010

Christmas getaway

Lama la jugak tak menyinggah pyramid ni. Masa nak cari parking, oh mak aih! berpusing-pusing semua floor cari lampu warna hijau. Juling mata duk melilau kiri kanan. Last sekali sepertimana target, pusing-pusing sampai ke roof top jugak. Ape la diorang ni kan. Raya-raya duduk la rumah melawat sanak sedare makan biskut cinnamon. Apa ada dengan Sunway Pyramid. Ho Ho Ho..!

Terserempak gadis kecil dua orang ni dengan family diorang masa tunggu lif. Excited sungguh ayah bawak datang jalan-jalan shopping eh!

Sunway pyramid during Christmas celebration

Tujuan utama bertenggek kt pyramid weekend lepas ialah untuk menunaikan craving sushi najwa. Poor her, 2 months in UK makan beriyani je kata beliau. Uhuk uhuk bau kari kau wawe.

Elok je pinggan-pinggan ni duduk bersusun kat tepi. Sekali silap haribulan mau tumbang segala warna atas kepala aku. (T.T)

Menu! Pilih-pilih! Mata jadi @.@ (pusing-pusing) sebab rasa nk order semua. Wahai nafsu, duduk diam-diam kau di situ.
Masing-masing order 2 3 item sekali. Akibatnya 2 2 kami sambil makan sambil termenung tahan dagu sebab dah kenyang melampau. (T.T)

Freitag, 24. Dezember 2010

The reception of Izzal and Aishah

Kepuk kepak kepuk kepak.. dung dung dung dung dung dung dung dung. Selamat pengantin baru Izzal dan Aishah! Since 10 months in Proton, this is the first time I got the chance to attend one of my colleagues wedding. Yang lain semua tak sempat. The reception took place in Bentung on the 19th December. Last week la kan.

Banner menyambut ketibaan tetamu. Tapi I would say abang ice cream yang lagi awal menyambut ketibaan kitorg. Elok je tong ice cream duduk depan pagar rumah. Oh tapi sebab sibuk sangat duk snap gamba si boolat (nuha), ice cream pun cik kikin tak sempat tau..! (T.T)

Most all of us from the department were there. Dari kiri cepat jalan! Eh bukan. Dari kiri Elyana, Ayu, Amin (one of the photographers on that day), Keri (Yana´s fiancee) and me. Yang penting, keempat-empat adik manis menghadirkan diri. Clap clap clap.

Hoh, pantas bab melengkapkan course. Dari kanan pulak ye; amat, Tariq dan Aizad Sazrul. Yang sebelah Aizad tu bukan ye. Department kami semua muda belia. Hua hua hua tak baik tau.. Maap pak cik, tak sempat cu nak tanya nama.

The wedding cake was sweet!

Bila nak potong nih!

Donnerstag, 23. Dezember 2010

Our Obsession

Obsesi cik Kikin dengan cik yana. Nuha!

Berjaya di tangkap dan di peluk-peluk dengan penuh perasaan masa kat Bentung. Yang pasti, Nuha overshadow Izzal dengan Aishah, pengantin pada hari tersebut.
Gambar dia lagi banyak dari pengantin. Mencuri perhatian uncle-uncle CAE department, Proton.

Camera loves me, what to do..

Will you leave me alone? I am trying to finish my watermelon here!

Bluwekkk!

Gosh, I guess these people will never leave me alone!

Mittwoch, 22. Dezember 2010

Quiet night for a peace of mind

Malam yang sunyi. Nak hingar cane, tv pun tarak.
Sejuk.
Buhsan. Housemate dah selamat layan mimpi beliau.
Hanya sekeping laptop pengubat sepi. Ekeke.

Gambar curi kat Popular Bookstore, Empire Mall. Sementara toher duduk sibuk pilih poker kad di rak di sebelah. *Poker kad??? Whatever toher..*

Satu hari suntuk kat Empire Mall, perasaan buat-buat haus pun datang. Saja la kan sebab da nampak dari jauh lambang hijau bulat berimej perempuan rambut panjang. *Uhh seram..* Sebelum lunch dah tanam niat nak tunai hajat. Whatever it takes, I will come to you Mr. Java Chip Frappucino!!!

Slurrrpp..!


Huh.. nampaknya sepinggan nasi beriyani beserta segelas raspberry frappucino tak cukup membahagiakan toher...