wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Montag, 20. Dezember 2010

Pesta makan muda mudi

Bosannya aku dan toher membawa kami ke Empire Mall. Mula dengan Kebe ajak nak pass chocolate yang aku kirim dekat girlfriend dia (my ex-housemate). Plan punya plan punya perah otak nak hang out kat mana, akhirnya Sabtu kami dihabiskan di Empire Mall Subang Jaya.

Lepas hiruk pikuk dengan toher cari parking kat basement Empire Mall, kitorg pun masuk cari surau. Alang-alang air wuduk da ada, langsaikan terus tanggungjawab itu ye sebelum pergi bersuka ria. *Muka mulus sambil senyum-senyum*.. Bling bling muka ada nur.

Okay, tak perlu meleret-leret zikir ke, terawih ke dalam surau tadi. Keluar dari surau, zass.. Tarbush! Rindu pulak makan kebab masa kat Frankfurt dulu. Usha sikit apa Tarbush boleh offer kot kot la bole hilang craving yang saja-saja create masa lalu depan restoren tersebut.

Eh boleh tahan belek jugak la menu yang lebih kurang 20 muka surat tu. Nasib baik menu die bukan berbentuk karangan. Lapar ni. Ada yang makan toher karang.

Dalam menu ada sebut pasal kebab tapi nampak chicken beriyani lagi menggamit. Macam upin ipin je. Lama jugak la duduk list up kan pro and cons untuk setiap menu. Tapi end up pilih beriyani tu jugak. Gambar nampak sedap je. *takpe, menu lain kita order lain kali.. * ekeke..


Ish, lama pulak chicken beriyani nak sampai. Terpaksa selit iklan kejap.

There you go! A pleasure to my stomach! Chicken beriyani and mango ice blended!

Alamak.. maryland chicken kebe punya macam lagi tara kucah je.. *takpe-takpe.. lain kali..*

Kesimpulannya chicken beriyani kitorang masin sikit, tapi toher cakap okay. Skala masin toher memang dari zaman dulu-dulu lagi tak boleh buat rujukan. Exceptance. So 3 stars for my chicken beriyani and 4 stars for maryland chicken! Not to forget, the mango ice blended was splendid!

Sonntag, 19. Dezember 2010

Tangkuban Perahu, Bandung

Kisah kami di Bandung tidaklah hanya berkisar pada makanan sedap-sedap dan shopping kain-kain batik dan lace yang cantik sahaja. Ye, itu adalah 80% kisah percutian. Tapi diselitkan juga dengan melawat panorama yang best, wah gitu... Ingat tengok kawah gunung berapi tak payah bayar macam kain-kain batik di jogjakarta, tapi meleset jangkaan itu. Huh, there´s no free things like free lunch, Shikin! Okay, baiklah.. saya diam dan hanya melihat keindahan alam sekitar.

Air biru. Banyak sulfur. Sampai-sampai je dah semerbak bau sulfur berlumba-lumba nk masuk hidung. Hins hins hins!

Naik atas sikit.. lagi cantik. Wahh macam kt Alps gitu. Kurang salji je. Pak cik jual topi bulu tebal pun da ramai.

Sayup-sayup di kejauhan kat belakang tu. Tu kena panjat jugak tuh. Usaha tangga kejayaan betul.

Walau di ketinggian berapa sekali pun dari paras laut, shopping tetap shopping. Mangsanya aku yang kena sembang dengan pak supir depan kedai. Oh kejam mereka.. (T.T)

Freitag, 17. Dezember 2010

Seharian di kota Bandung

Tadaa..!! Waking up in Bandung..

*You are here*


Hmm.. entri hari ni hanya mampu meletakkan gambar-gambar tanpa banyak berkata-kata. Mungkin kerana akibat perbuatan pemakanan melampau hari ni. Sungguh melampau kadar pengambilan makanan. Sungguh.

Pagi: sehelai roti dan seketul kecik cheese. Okay, acceptable.
Lunch: Masala lamb rice @ Pak Hailam Kopitiam, Tesco. Dah la lamb, minyak-minyak yang duk bergenang dalam pinggan tadi pun kalau buang pakai sudu bole guna buat goreng ikan sepinggan.
Dinner: Bihun goreng Tomyam @ Kasa Corner.

Hmm.. banyakkah? Rasa macam ye.
There goes my diet.. kuang kuang kuang..

Akibat celaru duduk fikir berapa total kalori hari Jumaat ni, gambar-gambar yang ter`upload` pun da kurang relevan dengan percakapan.

Status: Running nose, otak kelabu .. it´s weekend and I am stuck here in front of my laptop not knowing of what to do. Horrible me.

Dienstag, 14. Dezember 2010

Ada apa dengan Jogjakarta Part II

Masuk hari nombor dua kat Jogjakarta, cik wafa carikan supirman (driver) untuk bawa rombongan keluarga bahagia jalan-jalan. Plan asal nak tengok candi Borobodur, tapi memandangkan masa tu baru lepas gunung merapi meletup, kawasan candi tersebut kena tutup temporarily untuk kerja-kerja pembaikan. So, tak dapat la nak tengok candi besar tu melainkan balik dan rujuk wikipedia. T.T

Tapi, pak supir bawak kitorang tengok candi lain. Tapi lain la konsepnya berbanding candi Borobodur. Bilang Wafa, candi Borobodur cuma satu, besar. Candi Prambanan (candi yang kitorang nak pergi) pula banyak-banyak. Kira himpunan candi-candi dalam satu kawasan.

Tadaaa..!


Eh, ohh.. belum nampak candi tersebut. Kena menapak sedikit ke dalam. Segan tak segan la jugak kami pacak langkah masuk dalam taman tu nak tengok candi. Ni kalau nak cari masjid da berapa da pahalanya yee..

Hoh, belum sempatku buka tutup lensa kameraku, sedar-sedar da terseringai dua insan ni kat depan. Sabau ajo la.. *Kipas photographer! panas kot..!*

Masuk-masuk tambah nasik..

Nah candi. Cantik.

Koh koh.. photographer amatur ni pun nak jugak sekali sekala interframe. ciannn die..

Ala-ala tengah hari bila muka masing-masing da berkilat-kilat boleh buat cermin (muka si shikin je macam), pak supir pun datang amik nak bawa pergi makan pula. Semua pun da lapar lepas duduk kira tangga candi. Next stop: makan..!

Montag, 13. Dezember 2010

Ada apa dengan Jogjakarta

Cuba tanya Melly Goeslow, dia tahu tak ada apa dengan Jogjakarta. Tak pun tanya Dian Sastrowardoyo. Tak pun si kacak manis Nicholas Saputra. Tak perlu gigih tu semua.. tanya ibu wafa wardoyo pun dia boleh jawab dengan flying colours. Fuh Wafa.. kalau ngak ku kenal kamu, langsung ku pikir kamu lahirnya di jowo! Bahasanya persis sejak lahirnya tinggal di Jogjakarta!

Eh eh.. tajuk entry ni bukannya ada apa dengan wafa. Fokus ye fokus. Untuk tu tunggu entry lain tahun. Hmm Jogjakarta eh.. Actually this is our first holiday together. Uhuk3.. Namanya best buddies tapi kami dipisahkan oleh benua dan lautan. Kira reunion pun boleh jugak. Lagi-lagi dengan Sue. Last jumpa masa amik result SPM 8 tahun lepas kot. Result SPM pun ntah kat mana da sekarang, ni kan pulak Sue. Tapi lepas 8 tahun pun, macam tu la jugak dia, tak jugak tinggi-tinggi. 8 tahun kot Sue aku bagi can ko meninggi! (PEACE...!!)

Atoyai.. tadi wafa.. ni Sue pulak.. Grr.. Hmm.. Jogjakarta eh.. *lari..!*

Hari first kat Jogjakarta, kami-kami dipaksa menjalani scaling gigi dekat rumah sakit .. hmm.. ahh.. err.. apa nama rumah sakit tu eh.. jap nak cek kad gigi..GEDUNG GEDANG GEDUNG GEDANG.. haaa! jumpa da! Rumah Sakit Gigi dan Mulut Prof. Soedomo di Fakultas Kedoktoran Gigi Universitas Gadjah Mada. Wahh gaya fasih je kan.. padahal salin kat resit gigi.. ekeke.. Scaling punya scaling petang baru selesai. (Detik-detik scaling gigi tak dapat dirakam akibat nyanyuk tinggal bateri kamera kat rumah. Cam sakai duk usung kamera tapi tak bole menembak. *dush dush*)

Long story short, malam kami dilengkapi dengan acara makan sampai segah. Menurut hikayat Wafa, pelayan lelaki kat restoren tu pakai kain je, tak pakai baju, si perempuan pulak berkemban je. Excited la anak-anak muda *I biase je..* ni nak makan kat situ. Kitorang pun pegi la dung dang dung dang naik cab segala.. Setibanya di lokasi..

Mah mah mah.. tu makhluk buncit yang ada depan restoren tu. Hish tak malu betul, da la tak tutup perut.. bersidai pula dia di situ.. Nama restoren tu Raminten. Murah lagi sedap. Kitorang makan 6 orang, bayar 20 000 Rupiah per pax. Makan sampai tak boleh bangun. Muna cakap selalu je customer datang siap tidur sekali. Pillow and blanket will be provided. Wahh.. tak pernah jumpa pakej makan + tempat tidur ni! Agak-agak rasa tak boleh bangun, mintak bantal, tidur. hasilnya rujuk image di atas.

Cuba cari objek tersembunyi dalam gambar di atas..

Cubaan membokeh yang agak gagal

Ada lagi tentang Jogjakarta nak story selain dari makhluk buncit itu, tapi hidung ni dari tadi duk sok sek sok sek.. segan untuk berfungsi sebaik mungkin. Oksigen dengan carbon dioxide sekarang berlumba-lumba nak lalu rongga yang sama *mulut*..

My condition leaves me with no other option, melainkan makan ubat dan tidur.. so selamat malam Jogjakarta..!

Samstag, 11. Dezember 2010

Hari pertama bersama cumi-cumi

Tajuk entry di atas bermaksud hari pertama cumi-cumi di sekolah bersama guru-gurunya. Okay okay, tak buat dah. Serious.

Seperti dikhabarkan dalam entry lepas, my friends nekad menamakan D3100 ku sebagai cumi-cumi. Kalau dia ada sijil lahir, maka namanya siti nur cumi-cumi- binti wan norashikin, tarikh lahir 2 December 2010, jam 9 malam.

Hari pertama: terkial-kial dan terkedek-kedek nak paham segela jenis istilah, shutter speed, aperture (ape cerr??) dan lain-perkataan yang tak pernah cikgu ajar sebelum ni. Credit tu che pah dan nabil fitri yang banyak tolong aku explain bende-bende tu semua.

Almaklum la, sebelum ni biase pakai digital camera je. Tekan butang on dan snap. Tekan butang ON dan hantar kepade 31222. Sekarang tak bole. Nak kena setting segala perkara. Tiap kali nak snap, teraba-raba nak cari setting segala bagai. Banyak la kiranya kejadian di mana subjek aku da penat senyum dengan pelbagai pose, tapi aku ni setting pun lom jumpa lagi. Ekekek.. maap ye kengkawan. Saya budak baru belajar. Koh3.

Breakfast at Mc Donald LCCT at 5 in the morning

On our way to Jogjakarta


Here we are Jogjakarta ..!

Donnerstag, 9. Dezember 2010

Nah, sekeping Nikon D3100 untuk hari jadi cik Shikin

There was a time when I think that I should sometime pamper myself. Hehe, kononnya nak menghadiahkan diri sendiri dengan intan permata dan harta benda dunia setelah pelbagai onak dilalui. Wahh gitueww.. Membuak-buak rasa gelojoh ingin memiliki satu objek ni. Sebiji kamera. Bukan kamera sahaja objek yang mahu dimiliki masa tu. Led, kereta, peti ais, oven, ketuhar, mixer, senduk, sudip dan sebagainya.

Dengan penuh kreatif dan geliga, pelbagai alasan dicipta kenapa kamera sangat diperlukan. Dimana kehendak itu harus ditunaikan dengan seberapa segera. Akhirnya, ting! Mentol menyala! Hadiah harijadi untuk diri sendiri! Kehkehkeh.. Nak mintak orang belikan memang tak la kan. Beli je la sendiri. Sob sob *sambil menahan air jernih mengalir di pipi*

Long story short, degilnya aku tak dapat dibendung lagi. Sehari sebelum ke Bandung, dengan puasnya aku menggendong objek itu di bahu kananku. Lenguh belah kanan, tukar belah kiri pulak. Entah bila tukar gantung kat leher. Puas ...!


Lokasi pertama beliau ialah Jogjakarta..! Hehehe.. Masuk hari ketiga, boleh pulak budak-budak ni bagi nama pada beliau.. cumi-cumi.. atoyaii.. tapi takpe la.. comel jugak. Maksud cumi-cumi tu tak perlu la diterangkan lebih lanjut ye. Biar la pihak-pihak berkaitan je tahu. Koh3..