wan norashikin wan mohd rais

wan norashikin wan mohd rais

Hi!

Freitag, 13. Mai 2011

Oreo Cupcake


*Yield 24 cupcakes

2 cups buttermilk
2/3 cup sunflower oil
2 teaspoon vanilla extract
1 1/4 cups sugar
2 cups plus 4 tablespoon self rising flour
2/3 cup cocoa powder
2 tablespoons baking powder
pinch of salt
1 packet of oreos (crushed)

For the icing:

1/4 cup butter, room temperature
1 cup icing confectioners sugar
2 tablespoon buttermilk (low fat milk could be used as well)
4 or more crushed oreos

How to do it:

1. Preheat oven to 180C (350F). Line muffin pan with paper liners.
2. Whisk together the milk, sugar, oil and vanilla in a large bowl, and beat till foamy.
3. Add dry ingredients and beat until no lumps remain. Divide batter equally between the liners until 2/3 full.
5. Bake 20-30 minutes, until a toothpick inserted into the center comes out clean. Transfer to a cooling rack and let cool completely before icing. (I myself prefer to put it in the refrigerator before put the icing)
6. For the icing - cream the butter, add the milk and mix until combined. Add the crushed Oreos, icing sugar and mix well, until all the icing sugar is incorporated into the wet ingredients.
7. Spread/pipe onto the cupcakes and decorate with an extra dusting of icing sugar or some more Oreos (if you have).


Happy trying!

Freitag, 1. April 2011

Folks, she´s taken!

Clap clap clap.. tepuk tangan untuk salah satu geng power puff girls CAE proton (4 orang ye, bukan 3).. Antara 4 bunga, Liana yang first disunting. Wah gitu kan.. Tinggal lagi 3 bunga dalam laman kami.


Haa jemput-jemput masuk pilih mana satu. Yang mana lambat gigit jari diam-diam kat tepi dinding.
Haaa.. akak baju merah tu single mingle.. Akak baju purple tu next in line!

Okay, cukup pasal bunga. Fokus kembali pada Liana.

Hey! Sila tunjukkan perasaan nervous. Encik Keri tengah bertungkus lumus kat bawah dengar tazkirah tuk kadi tu!

Haa, kan bagus camtu. Jenguk-jenguk sikit jeling-jeling bagi semangat. Tuk kadi tu pulak da macam bagi khutbah jumaat. Panjang bebeno. Nak tertidur kami. Weekeke..

Liana: Mane iPhone I? Nak kena tukar status ni.
Keri: Haip! U dengar dulu I nak bagi U dengar pesanan dari seorang suami buat seorang isteri ni. Jangan duk degil. Dengar ni. Tarik hidung kang!

Sekarang turn U pulak dengar syarat-syarat I. 7 dulang hati masak kicap, 7 dulang air mate kucing, flyover menyambungkan sungai buluh dengan proton. Boleh?

Okay, anything for U.

Bunga ni nanti U letak dalam pasu siram hari-hari. Tu bukan duit tu tau. Sign Zeti tu I copy paste je.

And they live happily ever after...

Last but not least; what a beautiful bride U were on that night Liana! Congratulations and lots of love from CAE!

Dienstag, 15. März 2011

Anugerah demi anugerah


Biasa dengar kan sharing is caring? Semua pun kena la share. Biskut, nasi goreng, jus oren, oreo. Baru la caring kan kan kan.. Sama la macam award ni. Tiru macam kawan saya ni, Wafa. Sebab dia ajak saya share award ni la saya dapat bermegah-megah malam ni. Huhu.

Kalau masa ABP ke.. Juara Lagu ke.. ayat cliche penerima anugerah:
" Award ini bukan lah milik saya seorang, tapi untuk kita kongsi bersama. Lepas seminggu nanti datang la amik kat rumah saya. Kata nak share kan?"

Tapi, kita lain. Kita memang share betul-betul. Tak tipu. Tak sekadar manis di bibir gitu.

Apart from that, this blog is meant .. :
  • to thank those who awarded me
bunch of thanks to my sweetie meetie wafa!

  • to write 7 and few things about me
  1. saya tak suka tunggu orang, kalau lambat saya tinggal. Ye, saya jahat. Sapa suruh lambat?
  2. saya tak reti duduk rumah, ada je alasan nak start enjin kereta. alasan nk beli coki-coki pun jadi la.
  3. saya suka masak. hehe, hilang stress.
  4. saya suka jalan-jalan naik kereta sambil tengok lampu walaupun tak ada hala tuju dengan dia. Hehe.
  5. main bowling pun saya suka
  6. sila jauhkan jajan anda dari saya, sebab saya mampu habiskan jajan tu tanpa anda sedari
  7. and.... I can talk for hours! So, please mind to shut me up when you think it is necessary to do so!

  • to award it to others to keep the cycle going
  1. kak liza
  2. liyana izzati
  3. sue
  4. amin
  5. kak farr
  • to inform those recipient(s)
hopefully yes.. hehe

Donnerstag, 10. März 2011

My first 4-tones-dress!

*Shopping is a good therapy* is such a cliche quotation for women. Huhu. Alasan yang sangat kukuh bila keinginan mahu mendapatkan sesuatu tak dapat dibendung lagi. Kalau da sampai tahap tu, memang tak dengar kata. Umpama mencurah air ke daun keladi. Umpama mengecas handphone di kala blackout. Umpama kerbau suruh anaknya mandi. Okay, diam.

Bukan pasal daun keladi aku nak cerita, bukan juga pasal kerbau. Suka hati dia la nak suruh anak dia buat apa. Ade mak kesah?

Long story short, nak cakap pasal kain lace yang beli kat Bandung je. Huh, sungguh murah dan cantik! Termenung sekejap kat kaunter kedai kain tu lepas bayar semua kain-kain yang kakak jurujual berjaya hasut aku beli. Serious sangat hebat dia pujuk aku. Sangat. Betul kata pepatah, kata-kata itu lebih tajam dari mata pedang. Haaa...??

Salah satu hasil borongan: Kain lining 4 tones yang dipadankan dengan lace pink. Aku, chepah and wafa sehati pilih baju ni sempena kitorang jadi bridemaids untuk wedding Sue yang lepas.

Bahan mentah kelihatan begini...

Tadaaa!!! Kupakai baju ini dengan harapan jangan la ada insan yang confuse mana satu pengantin. (T.T) Masa singgah dekat stesen minyak, tersipu-sipu aku jalan ke toilet. Padahal tak de orang pandang kot.

*Effect kipas siling bilikku berjaya tambah sedikit charm pada baju tu, kasi sikit kembang belah bawah. Wahhh gituu..*

Dan bila digayakan, beginilah kelihatannya..! Sila perhatikan cik wafa yang memakai baju yang kainnya sama dengan kain saya, tapi mengikut kreativiti beliau sendiri. Tahniah buat kami berdua! Huahauhauah..

*Tengah duduk fikir ni, event mana la pulak nak pakai baju ni kan.. Hmm, any idea?*

According to plan, chepah was supposed to be one of the crews, but unluckily she couldn´t make it. (T.T) Chepah! Wish you were there!

Mittwoch, 9. März 2011

Rejected

Hari ni kemahuan nak hempas monitor ke lantai membuak-buak. Otak dah jem. Keupayaan berfikir da mencapai tahap bahaya. Hidung pun dah keluar api ni bila hembus nafas. Tak bernafas karang lemas aku. Kalau handphone biasa dia akan nyala dan tulis *battery low, please recharge before it blows*.

Wah, dah pukul lima petang. Lagi setengah jam ding dong. Sibuk je kau tunggu ding dong. Balik rumah pun kau sangap jugak kin. Chanel tv pun boleh bukak tv8 dengan 9 je. Baik kau duduk je kat situ dan terus menjadi pekerja rajin. Malas betul nak pasang cik astro. Nanti lah dulu. Hoh. Payahnya nak pasang astro tu macam la aku sendiri kena panjat atap rumah tu pasang piring tu kan. Kalau da dasar malas, memang tak boleh nak buat apa.

Hmm.. ajak toher lepak ah. Ajak adib sekali. Aku capai handphone. Berkira-kira nak sms toher. Nerveous nye macam gaya nak ajak si toher tu keluar first date je. Hoh. Padahal toher je pun. Selagi tak rasa berdebar bila cakap dengan toher, kira okay la tu kan. Gila.

*Toher, korang tak ade plan nak lepak buang masa ke lepas kerja ni?*

Message sent.

Tak sampai seminit, 1 message received. Pantas. Kau gantung handphone kat pusat ke apa toher. Senang boleh terus rasa vibrate.

*Err.. tik (nama samaran aku).. weekdays kot.*

Huk aloh.. hari isnin tak boleh lepak ke.. balik rumah awal nak kena buat kerja sekolah kajian tempatan lah tu. Argh.. tak berjaya. Nampaknya charming yang sedia ada tak mampu nak ajak toher lepak pada weekdays. Damn...

Sudahnya pukul 7 aku keluar office. Lengang sikit jalan. Tak de la asyik nak kena tekan brake je manjang.

Hmm.. da magrib. Oh Ehm Ghee..! Ini kereta ke, keretapi tanah melayu ni?? Kotor gila kau. Malu je kat kuda. Kereta kuda tu lagi cantik dari kereta kau kin. Cuaca sekarang ni, kurang semangat nak basuh kereta. Hmm.. tapi lepas dengar soalan mummy ahad lepas;

*Kereta kau tu putih ke kelabu tik?*

*Huaaa! Putih mi!!*

... okay.. meh sini gen-gen kumandikan kau. I have dropped your waterface so many times. Koh koh koh.

.......................

Okay...! Da cantik semula! Semangat esok nak pergi kerja! ..

Tengah syok duk lap spoiler, tiba-tiba ada setitik air jatuh. Tiba-tiba jatuh lagi 2 titik. Pastu ada lagi dua tiga belas. Oh tidak.. (T.T)

Freitag, 25. Februar 2011

Get yourself pampered at Jari Spa Solaris Dutamas

Cik Kikin: Mak cik mak cik, saya nampak cantik tak rini? *mata kelip-kelip laju-laju*
Mak cik: Apo kono ekau ni? Sawan ko apo? *buat-buat lari*

Cik Kikin: Bang bang, saya nampak berseri-seri tak hari ni?
Abang: Zohor da lepas, kau nak bang tunggu asar. Kesian kau ni, muda-muda da gila.

Cik Kikin: Adik adik, akak nampak gorgeous tak?
Adik: Dua posen..!

Okay, kesimpulan: saya yakin saya cantik hari ni. Terima kasih kepada tukang urut Sefrina at Jari Spaa at Solaris Dutamas for the best full body treatment. Regang balik urat-urat gue. Angin kus-kus semua keluar. Walaupun diakui tegang satu badan tahan geli bila kena urut. Ihik ihik ihik.

Best deal ever!

Semuanya bermula suatu pagi di opis. Dikejutkan inboxku dengan email dari soon-to-be puan Nik Fairuz Liana. Ade link dealmates. Mula-mula ingat spam. Jari Spa at Solaris Dutamas is offering their Royal Spa treatment at a price of RM 59 instead of RM 289! Mata dah bersinar-sinar. Blink blink.

Kalau tak percaya, ni link dia:


Alololo sorry sebab no longer available. But no worries darlings! Dealmates ni hari-hari ada offer. Kena rajin visit website mereka lah ye! Believe it or not, deal yang kitorang grab ni sold out dalam mase satu malam je. Gila kau tak sold out! Mana lagi mau cari spa kat malaysia ni RM 59. Terbaekkk pulak tuh. Kalau urut kampung pun sekarang RM 50. Tu urut je.

Treatment session kitorang tadi pagi mula jam 10.20 pagi. (Delay 20 minutes sebab kitorang lost dalam solaris dutamas tu. Mual jugak nak cari spa tu. Long story short, jumpa la spa tu walaupun kitorang masuk salah pintu. Wakaka lucu-lucu. (^.^) Suka kau je masuk ikut pintu belakang, Macam tokey kedai pulak ye.

Royal spa session start dengan rendam kaki dalam air bunga. Urut-urut kaki sikit. Pastu steam bath. Huuuu panas.. tapi puas sebab rasa keluar semua daki maki dari pores! Ahaks!

Lepas lap badan sampai kering, dia start urut, mula dari kaki.

*Kakak, slow sikit eh, saya geli. Tak biasa kena urut.*
*Waduh waduh, gimana mau pijat (urut) ni mbak.. ini bukan urut.. ini sentuh doang (saja)..*

Lepas urut, dia scrub pulak, pastu sambung dengan whitening mask. Last skali masuk jakuzi untuk bilas masker tadi. Mandi susu! Weee!! Suka-suka! Rasa putih seketika. Seketika je la.

After two hours of luxurious body pampering session, kami dihidangkan dengan secawan teh plus isi borang survey. Last but not least, each of us received a set of body lotion and body butter. =)

That lady said that this similar package would be offered once again in June! So apa lagi? Masuk Facebook pastu *LIKE* kat Jari Spa or visit their website to know what they are offering!


You are not gonna regret this! Best deal ever! Okay, saya nak sambung cari orang awam tanya saya cantik ke tak hari ni! Zup!! *kepulan asap..*

Samstag, 29. Januar 2011

We have moved!

Eceh tajuk berita tu macam kedai tayar famous yang da berpindah ke suatu sudut yang lain je. Takde tayar pun. Kitorang je da pindah. Pindah rumah. From Putra Height to Kampung Bukit Lanchong. Downgrade sikit. Dari rumah 2 tingkat yang mewah dengan space besar tak tahu nk letak apa, kitorang moved in ke rumah kecil comel cute setingkat di area Kampung Bukit Lanchong.

Tapi tak jauh pun dari putra heights. 1o minutes driving je. Masa mula-mula datang tengok rumah dulu rasa jakun pulak sebab ada kawasan kampung camtu kat subang jaya ni. Tak sangka. Macam masuk bandar kota bharu je. Hik hik. Jalan sempit. Nampak je ade double line, tapi bila ada kereta dari depan, terkial-kial aku kena ngelak. Huh, jangan dirobek badan putih mulus keretaku!

Kalau malam happening jugak. Banyak gerai-gerai dan restoren tepi jalan. Kedai burger pun banyak. Pilih je abang burger mana jadi pujaan hati. Untuk kaum adam, semalam nampak awek hot jual burger. Ceh. Pilih ikut taste sendiri ye. Hua hua hua. Kedai tomyam banyak! Suka! Ikan bakar pun macam banyak je. Weee!!!

Semalam lepas masuk lorong last sebelum masuk rumah baru, tiba-tiba out of nowhere keluar budak lelaki kecik (5 tahun kot) yang bogel. Hmm kurang sopan. Nude. Nasib baik kau kecik dik. Kalau tak trauma akak hari first pindah. Takde rasa bersalah pun duduk berlari-larian tepi jalan. Nak main kejar-kejar pun agak-agak la wak. Huak! Macam-macam. Ni la orang cakap kesan negatif media massa terhadap kanak-kanak. Ehhh..

Hmm.. banyak jugak beza rumah dulu dengan sekarang.Dua-dua ada pro and cons.

Kalau dulu, tempat parking besar jugak. Sekarang kecik. Pagi-pagi nak keluar kerja gigih dulu mereverse kereta la nampaknya. Dalam pagar ni ada 20 unit rumah. Habis la kalau tiap rumah tu ada 3 biji kereta macam kitorang. (T.T)

Kalau dulu ada tempat buang sampah kat pagar depan, pastu majlis perbandaran datang kutip dengan setianya. Sekarang sampah kena buang kat tong sampah besar depan rumah. So, masa nak keluar kena letak sampah atas bonet kereta, drive keluar sikit, buang. Jangan kau buat duduk berangan sampai sampah kau usung ke taipan sudah. (T.T)

Kalau dulu rumah gaban. Sorang kat atas, sorang kat bawah. Tak bersatu padu. Wah gitu. Sekarang semua duduk dekat-dekat. Nak panggil najwa kat atas pun tak perlu serak tekak dulu baru dia turun. Kentut pun najwa da dengar. Ekeke.

Haa! Kitorang ada jiran yang sama-sama geng proton! Aimi dan Khalilah. Yuhuu..! *Macam la boleh naik bas sama-sama pegi sekolah.*

Hope everything goes well with us and our new home! InsyaAllah..